Wednesday, October 19, 2011

:. HEadband Baby Order By Ainiey .:

Edit Posted by with No comments

Wah.. HEadband lagi..
kali ni lagi banyak...
dak ainiey ni order sampai 5..
tuk anak2 saudara agaknyer..
hehehehe... baik tul untie ni..


mcm biaselah..
pink hitam tetap kegemaran

purple putih pun cute..

see.. pink hitam lagi..

warna wajib tuk baby..
putih pink hehehhee,...

kalau nak try leh pm sis kat fb k :)

:. Headband For Darwisya .:

Edit Posted by with No comments


Order dari mama si darwisya ni..
excited benor dia nak bagi baby dia pakai..
harap2 sekarang ni dia dah terima..
sis je yang lambat post ni..



Saturday, October 15, 2011

:. Headband Again! .:

Edit Posted by with 2 comments


ke semua ni order dari Shazana..
dah lama bersarang gambar ni..
barang dah pun sampai pada customer..
n dia kata dia suka sangat..
hehehhe i like!!

ade dua order lg sis x dapat masukkan gambar..
dah siap dah order tuk suhana kawi n one more order dari ainiey noky..
slow sis akan upload gambar na sis akan pos by next week...
kebelakangan ni memag banyak jugak order headband ni tq untuk semua yer..




Thursday, October 13, 2011

:. Brooch Roses In De House! .:

Edit Posted by with 2 comments

comey tak?
brooch roses ni.?

kalau comel meh cepat2 order yer :P
sesuai kalau pakai kat shawl.. nampak ayu jer
harga pun sgt berpatutan!!



hitam putih paling sweet kan?


yang ni plak saya paling suka pink n purple..
nyummyy!!



merah putih pun sweet kan>?

Friday, October 7, 2011

:. Bajet 2012 : Intipati Bajet 2012 .:

Edit Posted by with No comments

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

NONEBerpakaian baju Melayu serba merah hati, Najib yang juga Menteri Kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema “Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen.

Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.



nilah yang terbaru... bajet 2012.. tadi masa kat opis nak dengar kilat plak sabung menyabung...

alhamdulillah ade juga berita baik tuk orang kerajaan.. bonus pun ade le walaupun setengah bulan je huhuhuhu... ok le dr tak ade kan...

: Bajet 2012 : SSM Dimansuh, Sistem Persaraan Baru Diperkenalkan

Edit Posted by with No comments
Kerajaan telah memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SEPA ) bagi menggantikan SSM ( Sistem Saraan Malaysia ).

"Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred,” kata Perdana Menteri.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun


aku kata : menarik jugak yer.. tq Kerajaan!!

Thursday, October 6, 2011

:. Cekak 3 Beradik .. Comel .:

Edit Posted by with No comments


Cekak ni order dari Sabah..
3 orang adik beradik..
colour semua atas permintaan mereka sendiri..
sis hanya buat jer..

paling sis suka yang kuning, hijau merah tu..
nampak ceria sangat.. cute!!





Wednesday, October 5, 2011

:. Bantal Order Dari Customer Comel .:

Edit Posted by with No comments

Itu antara bantal yang sis buat..
selamat sampai ke tangan customer..
nampaknyer yang memeluk tu lgi comel dri bantal tu hehehhee

yang ni belah depan dia..
penguin!!!
sangat comel !!

nak order leh hubungi sis yer!!

:. Headband Untuk Qaseh .:

Edit Posted by with No comments

Headband ni Untuk sorang baby comel bernama Qaseh..
dari ape yg sis dengar nak digunakan masa akikah nak comel ini..
dh selamat sis poskan semlam..
hope mereka akan suka le yer...
kalau dapat tengok gmbar majlis akikah tu lagi baik kan..
hehehhehe

Tuesday, October 4, 2011

:. Brooch Butterfly , Rm10 Je Sepeket .:

Edit Posted by with No comments
brooch ni yang terbaru
Harga Promosi Sehingga di beritahu k!!

12pcs hanya RM1o..

sape cepat dia dapat!

Saturday, October 1, 2011

:. Material Felt : Semua Hanya Rm5 Sahaja!! .:

Edit Posted by with 2 comments

Hanya Rm5
box 20 petak ni..
sangat sesuai tuk simpan butang, pin brooch atau apa saja brg yang comel2..!!


hanya Rm5 untuk semua barang yang ade dalam post ni k!


beg untuk simpan barang craft kamu jangan biar sepah2 yer hehhee


ni le gunting yag selalu sis pakai..
sangat selesa bagi sis le..
orang lain sis x tau le plak!

:. Tag Nama Yang Menguji ImanKu .:

Edit Posted by with 2 comments

huhuhu banyak x?
ade lg yang aku belum ambik gambar tau..
banyak gile..
nasib bek dah siap
tgh tggu pos je..
ni pun dah kira lewat ni tau..
huhuhu...
sabar jelah..


:. Bantal Pooh Comey .:

Edit Posted by with No comments


Req dari makcik kita org..
nak letak dalam keta katanya..
amacam ok ke x?

tapi i like Blueee..!!!





:. Bajet 2012 : GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK HINGGA 40% ?? .:

Edit Posted by with No comments
Bila bercakap pasal bajet.. banyak betul sore ramai.. mengenainya.. tapi apa kata baca jap entry kat bawah ni dulu.. walaupun belum berapa nak clear.. mana tau leh jugak le wat kakitangan awam tidur dalam

KUALA LUMPUR 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam menggantikan Sistem Saraan Malaysia SSM antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi Prospek “

Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB ” kata sumber kepada The Malaysian Insider

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu

Minggu lalu The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus

Bulan lalu kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan

Satu sumber berkata “langkah ini memperkenalkan sistem saraan baru juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred ”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat ” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995 mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 ketika SSM diperkenalkan tetapi tidak menjadi kenyataan

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700 bergantung pada skim dan gred masing-masing ” kata sumber itu sambil menambah maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan

“Kalau dari segi peratusan kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus ” kata sumber itu lagi

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru SSB yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan PTK dan sekali lagi membawa kepada kontroversi

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991

Awal bulan ini Jabatan Perkhidmatan Awam JPA memberi jaminan bahawa Prospek sistem baru menggantikan PTK akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini

Mei lalu JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah tujuan dimensi kompetensi kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi fleksibiliti kawalan kualiti ganjaran dan pencapaian penilaian.

Credit : themalaysianinsider