Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

:. Bila Pangkat Dan Darjat Jadi Yang Utama .:

Edit Posted by with 5 comments



Bila bercakap mengenai pangkat dan darjat..
kita mesti membayangkan tentang cerita orang dulu-dulu..
era zaman mak dara dan kasim selamat..
era zaman laila dan majnun...
tapi di zaman moden ni...
kisah dua darjat ni pun masih wujud lagi..
kisah orang kaya dan orang miskin...
kisah hartawan dan peminta sedekah..
kisah cinta terhalang kerna darjat yang berbeza...
kadang kala kedudukannya tu tidaklah serendah mana..
kerja pun kerja tetap jugak..
ada kereta dan rumah tempat berteduh jugakk..
tapi..
rumah hanya rumah kos sederhana..
kereta pulak.. hanya sekadar kereta buatan malaysia...
kerna sebab itu pun pinangan boleh direject!..
hehehe
dunia... dunia...

Tuesday, September 28, 2010

:. Awek Pakai Tudung Tapi Tangan Pak We Dalam Baju .:

Edit Posted by with 6 comments
Manisnya kalau nampak anak-anak muda remaja bertudung..
apatah lagi sekarang ni dengan bermacam anekan fesyen tudung yang sedia ada..
cuma yang geramnya bila mereka menggunakan tudung sebagai mengaburi mata masyarakat untuk membuat benda2 jahat..

ade le satu kes tu dari sorang kawan aku yang kerja di pejabat agama..
sedang mereka buat rondaan kat taman bunga
( dlm jb gak )
biaser ler rondaan nak cari makhluk2 yang buat maksiat ni..
macam2 orang yang dia org jumpa..
termasuklah sepasang kekasih ni..
si perempuan bertudung dan si lelaki bersongkok..
( mcm dh get ready nk di nikahkan jer kata member aku )
mereka ni tengaj asyik2 mahsyuk duk raba2 meraba dalam gelap kat bawah pokok..
masa kena serbu tu sedang elok je tangan si boyfren tu dalam baju si pompuan tu..
yang tangan pompuan plak sedang elok je dalam suar si lelaki..
aduhai.. sedih sungguh..

kalau dah tahu nak buat jahat tu..
tak yah le bertudung.. bersongkok..
memalukan sungguh..
mencalar maruah mereka yang ikhlas bertudung..


:. Manusia Tikam Belakang .:

Edit Posted by with No comments
Di malam yang hening ini..
( ceh.. sentimental le pulak.. )
tetiba terfikir sekejap tentang satu hal yang terjadi di tempat kerja aku..
Benda ni bukan le kena pada aku tapi kena pada pegawai lain ler.. cuma aku nak luahkan pendapat jer tentang sikap sesetengah orang yang suka tikam belakang.. Tikam belakang ni bukanlah tikam yang guna pisau tu... tapi ni tikam cara lain yang lebih teruk dari di tikam dengan pisau.. Biasanya golongan seperti ini mereka nampak baik di depan tetapi di belakang kita hebat betul mengutuk kita.

Golongan seperti ini sebenarnya lebih sukar untuk kita cam sikap buruk mereka berbanding musuh yang jelas di mata. Sebab mereka pandai bermuka-muka. Didepan kita mereka mempamerkan muka dan kata2 yang manis sahaja.

Sikap ni kalau tidak dibendung akan menjadi semakin parah, apatah lagi kalau ianya berlaku dalam sebuah jabatan. Akan wujudlah golongan teraniaya dan dianiaya. Tapi aku rasa benda ni bukan perkara baru.. kes tikam belakang ni memang dah biasa berlaku.
Semoga mereka-mereka yang suka berbuat demikian
dan ingatan untuk diri aku sendiri agar benda ni tak kan terjadi di kalangan aku dan mereka yang disekeliling aku.

Sunday, July 4, 2010

:. Emailkan Saje Ceritamu .:

Edit Posted by with No comments
Alhamdulillah nampaknya ramai yang bagi sokongan mellaui komen2 mereka setelah aku paparkan cerita tentang
kisah hasil dari email seorang remaja padaku ni bukan untuk mengaibkan sesiapa..
tetapi sebagai renunagn dan tauladan kita bersama..
disamping itu ianya juga dapat memberi sokongan dan dorongan kepada si penulis itu..
ada lagi email2 dari rakan2 yang aku terima menceritakan kisah2 mereka..
harap2 semua bersabar dan cerita anda satu persatu akan saya paparkan disini..
buat anda yang lain yang nak kongsi bersama pun boleh..
sekiranya nak identiti dirahsiakan akan saya rahsiakan..
tetapi sekiranya nak ianya di kongsi bersama saya akan letakkan
add url blog anda atau pun email anda jika anda mahu kongsi bersama..
adiosss!!!!


p/s : selepas ni nak wat entry pasal sorang kawan kita ni yang cintanya di halang keluarga...
harap2 korang sudi bagi komen yer

:. Pengakuan Benar : Bapaku Seorang Bapok .:

Edit Posted by with 10 comments

" Aku sendiri tak tahu kenapa aku dikurniakan seorang bapa seperti ini..
bapaku bukan penjenayah..
bapaku bukan kaki pukul...
bapaku bukan tak bertanggungjawab..
bapaku sayang padaku...
bapaku ambil berat tentang aku..
cuma satu yang aku kesalkan..
bapaku seorang 'bapok'..
sejak lahir aku tak pernah kenal siapa ibuku...
kata bapaku.. ibu sudah lama meninggal..
aku dibesarkan dengan kasih sayang bapa sahaja...
namu.. bapaku tak sepertu bapa yang lain....
bapaku punya kekasih...
tetapi kekasihnya lelaki..
bapaku bersolek seperti wanita..
bapaku berpakaian seperti wanita..
setiap malam bapaku keluar seperti seorang model wanita cantik...
aku mahu bapa berubah..
aku mahu bapaku bangun dari dunia sesatnya...
Ya Allah!! bantulah bapaku kembali ke jalan yang benar... Amin.."


ini adalah rintihan dari seorang anak yang tak perlu aku paparkan identitynya..
bersamalah kita berdoa agar bapanya akan kembali ke jalan yang diredhai Allah..

p/s : sekiranya anda ada cerita yang nak dikongsi bersama... sila emailkan cerita anda pada saya di teddy_bear81@ymail.com ...