Showing posts with label puisi kehidupan. Show all posts
Showing posts with label puisi kehidupan. Show all posts

Friday, December 30, 2011

: Puisi Buat Sahabat .:

Edit Posted by with 1 comment

pedihnya hati..
melihat kau menangis..
pedihnya hati melihat titis air mata yang mengalir di pipimu..
terasa aku yang duduk ditempatmu..

mungkin berat yang kau tanggung tak sama dengan apa yang aku rasakan..
aku tahu kau derita..
aku tahu kau sengsara..
hulurkan tangan mu
dan bangkitlah semula..

biarkan fitnah mereka membunuh mereka di kemudian hari..
biarkan mulut jahat mereka..
membakar diri mereka satu hari nanti..
berhentilah menangis sahabat..
kesatlah air matamu..
kerna aku masih jadi teman setiamu ..
dan masih menjadi sahabat sejatimu..
hingga ke akhir hayatku..

senyumlah semula sepeti dulu..
kerana senyumanmu
adalah kebahagiaan ku.
sapulah air matamu
kerna air matamu adalah duka ku..


aku kata : puisi ni tujukan khas buat seorang sahabat aku... maaf lah kalau susunan perkataannya tidak berapa bagus kerana aku dah lama pencen bab menulis puisi ni :)

Saturday, March 26, 2011

:. Hari Ini Aku dan titis Mutiara .:

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini,
Aku dan titis mutiara kembali bersua,
setelah lama memendam dalam diam,
dalam rasa kepiluan,
episod duka yang lama terhenti,
merah semula seperti baru semalam apinya menyala,

Hari ini
aku dan titis mutiara kembali bersatu
di ruang sungai jernih di pipiku
terima kasih pada mereka-mereka
yang memerah titisan mutiara ini keluar dari
lautan mataku..

Hari ini
seperti selalunya dapat kulihat
di mana darah dan daging yang mula dirasuki alpa
tangan-tangan yang selalu memcari bahuku di saat mereka duka
kini mejauh di saat mutiara ini mengalir deras di jiwa,

Hari ini
tiba-tiba rasa sunyi dan rindu menjelma
teringat pada ayah dan bonda
terkenang nenda yang sudah tiada
satu waktu dulu di bahu merekalah aku mengadu domba..
Ya Allah saat seperti ini aku benar rindukan mereka...

Hari ini
aku dan titis mutiara ini
bersahabat semula
setelah agak lama x bersua
dan sekali lagi sungai jernih ini jadi saksi hiba

Hari ini
aku harap akan segera berakhir
semoga titis mutiara ini hanya akan jadi sahabat
di saat mendung cerah dan bintang bercahaya


Abah, mak, nenek
hari ini kamu semua tetap di hati
seperti hari-hari sebelumnya
rindu dan sayang ini untuk kalian
selamanya..




p/s : nukilan hati sendiri x de kena mengena dengan sesiapa pun..
al-fatihah untuk arwah abah, mak dan nenek semoga kalian dalam lindungan Allah hendaknya.. aminnn..

Monday, January 24, 2011

:. Ada Air Mata Duka Di Matanya .:

Edit Posted by with 4 comments

tadi terlihat seseorang..
kasihan melihat wajahnya..
yang menutupi seribu satu kesengsaraan..

aku tahu di hatinya menyimpan..
segala rasa menjeruk jiwa..
tabah dan bersabarlah teman..
kerana aku akan selalu mendoakan..
kebahagiaan kau..

jangan menangis lagi..
kerna aku percaya..
akan ada cahaya buat selepas ini..

Tuesday, December 14, 2010

:. Pantun Gurindam Puteri Gunung Ledang .:

Edit Posted by with 4 comments

semalam group kami wat persembahan tuk malam kebudayaan..
dan kami memilih nak wat teater
HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG
dan aku le yang ditugaskan tuk mengarang pantun gurindamnyer..
bila dah siap tu kan..
wahh macam boleh tahan le jugak munyiknyer..
kat sini aku nak kongsi sama-sama..
jom baca!!..
( kalau nak copy tu silakan.. tapi bg le tahu dulu yer heheheh pasan le tu )


Pantun Hikayat Puteri Gunung Ledang

TERSEBUTLAH KISAH SATU CERITA
HIKAYAT SI PUTERI CANTIK JELITA
JADI REBUTAN DI SELURUH DUNIA
DI GUNUNG LEDANG SI PUTERI BERADA

SULTAN MAHMUD RAJA MELAKA
JATUH CINTA GUNDAH GULANA
PADA SI PUTERI HATINYA TERGODA
TERPANA CINTA GUSAR JIWANYA

SULTAN MAHMUD BERHATI GUNDAH
SEGALA DIBUAT MENJADI SUSAH
SEISI ISTANA RESAH GELISAH
MELIHAT SULTAN BERTERUSAN RESAH

BENDAHARA DIPANGGIL MELUAH RASA
HANG TUAH DI TITAH MEMENUHKAN HASRATNYA
MELAMAR PUTERI IMPIAN SUKMA
KE GUNUNG LEDANG BERANGKAT SEGERA

LEMBAH DI DAKI LURAH DITURUNI
HUTAN BELANTARA DI REDAH BERANI
HAJAT MENEMUI SI PUTERI
KEHENDAK SULTAN HARUS DITURUTI

SIANG DAN MALAM SILIH BERGANTI
LAUTAN LUAS TURUT DIRENANGI
AKHIRNYA BERTEMU DANG RAYA RANI
PENGASUH DAN INANG BAGI SI PUTERI

DANG RAYA RANI PENUNJUK JALAN
KE ARAH MANA PUTERI DIDAPATKAN
NIAT SUCI AKHIRNYA KESAMPAIAN
PUTERI GUNUNG LEDANG AKHIRNYA DITEMUKAN

HASRAT SULTAN TELAH DISAMPAIKAN
DI DENGAR PUTERI DENGAN SENYUMAN
LALU DI JAWAB LUAHAN PERASAAN
SYARAT DI BERI SEBAGAI BALASAN

HATI NYAMUK 7 DULANG
HATI KUMAN 7 DULANG
AIR MATA ANAK DARA SATU TEMPAYAN
AIR PINANG MUDA SATU TEMPAYAN
EMAS PERAK JADIKAN JAMBATAN
DARI ISTANA SEBAGAI LALUAN

MENGHADAP SULTAN MEMBAWA PERUTUSAN
MENYAMPAIKAN KHABAR DARI PINANGAN
SYARAT TUAN PUTERI SEGERA DISAMPAIKAN
TERDIAM SULTAN MENDENGAR PERKHABARAN

SEGALA MENTERI PEMBESAR NEGARA
DI TITAH SEGERA KE SELURUH NEGARA
KUMPULKAN SEMUA BALA TENTERA
DAPATKAN SEMUA SYARAT CINTANYA

PENDUDUK KAMPUNG MENJADI MANGSA
DEMI MENCAPAI KEHENDAK RAJA
MEREKA DI KERAH DAN JUGA DISEKSA
MEMBANTING TULANG PENUH SENGSARA

TANGISAN MEREKA JADI EJEKAN
HARTA BENDA JADI RAMPASAN
HILANG SUDAH PERIKEMANUSIAAN
ANGKARA NAFSU SERAKAH SULTAN

KERANA BUTA NAFSU SYAITAN
SANGGUP RAJA MEMBUAT KEPUTUSAN
MENIKAM PUTERA ANAKANDA KESAYANGAN
SEMANGKUK DARAH SEBAGAI BALASAN

HADIR SI PUTERI WUJUDKAN DIRI
MELAFAZ KEKESALAN DI DALAM HATI
CINTA SULTAN DITOLAK KE TEPI
AKIBAT NAFSU PUNAHLAH DIRI

HAMPALAH SULTAN DITOLAK CINTANYA
AKIBAT KEKEJAMAN RAKYAT SENGSARA
KECEWA PUTERI DENGAN SIKAPNYA
PUNAHLAH IMPIAN HANCURLAH JIWA


P/S : huhuhu.. amacam? ok tak hasil tulisan aku ni??hehehhe saje je asah bakat lama...




Monday, November 29, 2010

:. Pantun Bong*k Lepas Geram .:

Edit Posted by with 2 comments

Jalan kampung bengkang bengkok,
Sambil jalan men gentel-gentel,
Muka seposen ala-ala mangkuk,
Ada hati pulak perasan model.


Jalan-jalan pi menggatal,
Lepas berjalan kena gatal-gatal,
Dulu kawan sama sebantal,
Dah besor wat2 tak kenal,


Malam-malam pergi berperang,
Pergi berperang dalam sarang,
Hebat sangatkah kamu tu sekarang?
Sampai aku pun x sudi dipandang?

Hari-hari makan pucuk paku,
Sambil makan geget eko,
Tak kisah le kalau ko dah x kenal aku,
Sebab aku pun bukan makan duit ko,


Thursday, May 27, 2010

:. Manusia Atau Binatang? .:

Edit Posted by with 1 comment




Apa sudah jadi pada dunia
semakin hilang perasaan dan rasa
jeritan dan tangisan
seperti tidak lagi bergema
suara lantang mereka meraung
bagai tenggelam dalam rasa sombong
bongkak dan angkuh
PERATAH dunia

Entah bila
penderitaan ini akan berakhir
entah bila
penyeksaan itu akan terhenti
entah bila
air mata itu akan berhenti mengalir
entah bila
kesakitan itu akan sembuh

wahai manusia durjana!!
mereka itu tidak berdosa
mereka hanya sekadar
anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa
tapi kenapa?
kau robek hati mereka
tapi kenapa?
kau bunuh mereka dengan bersahaja?
aku sendiri tidak tahu
samada kau itu binatang atau manusia...