Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

:. Siapa Sudi Pinjamkan Bahu Tuk Saya?.:

Edit Posted by with 1 comment
Malam ni aku tak leh tido..
sedar x sedar tengok jam dah pukul 6 pagi..
naseb bek program2 kat tempat kerja dah settle tinggal wat laporan jer..
banyak benda terjadi pada aku dua tiga hari ni..
sedey.. tensen.. kusut..
macam-macam ade..

tambah tensen bila tgk benda2 yang x sepatutnya aku tgk di waktu2 mcm ni..
Ya Allah kuatkan hati aku yer..
tabahkan jiwa aku..
aku tak boleh lalui semua ni sendiri..
tiba2 teringat kat insan2 tersyang yang telah pergi..
nenek yang selalu membelai aku diwaktu saat aku bersedih..
mak yang selalu membela aku diawaktu aku dipersalahkan..
abah yang selalu ade disebelahku memberi perangsang..
rindunya pada mereka..
kalau mereka semua masih ade tentu aku tak seperit ini..

nak menangis .. nak meraung je rasanya..
hurmm..
Al fatihah tuk mereka yag telah pergi..
amin...

Wednesday, September 7, 2011

:. HAPPY & SAD ENTRY .:

Edit Posted by with No comments


saya nk nangis..
baru balik beraya kat rumah zura tadi..
huhuhu sedih bercampur gembira..

gembira sebab memang funny sangat tadi..
family dia semua memang best2..
specially Mak zura..
huhuhu terasa rindu kat arwah mak plak..

bukan setakat maka kuih raya..
malah makan satey lagi tu waaallaaahhhh!!

hehehehe
sedey plak sebab zura akan berpindah ke cawangan lain..
huhuhuhu susahnyer nak terima hakikat tu..
tapi nak wat cam ner..
masing2 ade tugas dan tanggungjawab kan?..

apepun semoga Zura dan En Din akan suksess di tempat baru nanti
jangan le lupakan kami kat sini yer..

huhuhu x tau nak cakap ape lg..
susah tau nk dapat ketua unit mcm dia ni..
kalau ikutkan hati nak je ikat dia x kasi pi hahhahaha!!
( sewel dah tu... hehehhe )




Saturday, August 13, 2011

:. Hampeh Betul! .:

Edit Posted by with 2 comments

Selamat berbuka kawan-kawan..
hari ni buka puasa kami sekeluarga sederhana sahaja..
x de nak bermewah-mewah..
ade le kuih 2 jenis...
( hubby beli kat bazar bukan i buat yer)
dengan ayam percik..
simple jer..

pose hari ni menduga iman betul...
ade saje yang nak buat aku marah dan berangin..
terasa hati dengan sikap sesetengah peniaga di Fb
yang zahirnya sama2 cari makan..
tapi bila barang yang dia jual mahal aku jual murah..
x puas hati le plak dia..
heran betul aku..
selama ni aku x pernah kaco pun bisnes dia..
apatah lagi nak selak2 album2 dia dlm fb tu..
keje aku.. publish brg aku..
ambik order n layan customer..

selalu jgk dia tanya aku mcm2 pasal harga dan ape2 je lah..
walhal x beli pun.. aku tau dia sengaja nk tgk market aku..
aku tk kisah pun.. sebab aku layan semua org sama jer..
x salah berkongsi idea dan pendapat..
tapi yg buat aku sedih bila aku jual brg murah dia duk perli2 plak..
huhuhu.. naseb bek aku ni malas sgt nk ajak gaduh..
biarlah dia..

ade jgk yg suggest kan td.. block je lah fb dia..
hehhee insya Allah.. kalau tahap kesabaran dah hilang tu le yg aku buat kot..
hehehe

hamboie...
baru lepas berbuka dah marah2..
namo.. namo... namo...

selamat berbuka kawan2..!!

Thursday, April 21, 2011

:. AKhirnya Rifa Pergi Untuk Selamanya... Alfatihah .:

Edit Posted by with 5 comments
Sebenarnya aku sendiri tak ade mood nak menulis..
ingat tak yang aku pernah menulis tentang adik Rifa anak sepupu aku tu..

malam semalam dia telah kembali ke rahmatullah..
di HSI Johor Bharu..
akibat menghidap kanser saraf..

macam mana keadaan aku?
entah aku sendiri tak dapat gambarkan..

nanti kalau mood aku dh ok kiter shared cerita yer..
:(

Wednesday, April 6, 2011

:. Doa Buat RIFA .:

Edit Posted by with 7 comments

Petang tadi dapat satu mesej dari Ayu..
yang mengatakan anak saudaraku Rifa semakin tenat di HSI Johor..
mungkin aku tak pernah tulis dalam blog ni tentang kisah sedih penderitaan
Rifa anak kecil yang hanya berusia 3 tahun..
menderita kanser saraf sejak kecil lagi..




so malam tadi aku dan suami
eca dan suami
dan yan ke HSI..
di wad 8c katil 27
kami semua dibenarkan masuk sebab dapat kebenaran doktor memandangkan keadaan Rifa yang semakin tenat..
melihat tubuh kecil itu terbaring lemah sungguh menyedihkan..
mula-mula aku cuba menahan air mata..
tetapi apabila mendengar suara anak kecil itu merintih dan merengek terasa sayu ..
aku lihat si ayah disebelahnya mengusap anaknya dengan seribu satu perasaan sedih di hati..
si ibu terduduk lemah di kerusi..

Ya Allah betapa berat agaknya penderitaan yang mereka sekeluarga tanggung..
rasanya kesedihan yang aku rasa tak sama berbanding dengan mereka..


melihat tubuh badannya yang lebam sana sini..
perutnya semakin membuncit..
tubuhnya yang kurus kering..
tambah sedih melihat salur kencing buat aku tambah sedih..
kencingnya berdarah..
Ya Allah entah bagaimana kesakitan yang beliau rasakan..
kata doktor kanser tu dah merebak ke seluruh tubuhnya..
sudah tiada apa yang mampu dibuat..

pada awalnya aku nak mengambil gambar..
tapi tak sampai pulak rasa di hati..

tiada apa yang mampu kita buat selain sama-sama mendoakan kesejahteraan Adik Rifa..
kami sayang kamu Rifa..
namun kami pasrah dengan semua ketentuan Tuhan..
maafkan Auntie sebab tak dapat menahan air mata tadi..
Auntie sayang kamu Rifa..
dan kami tetap doakan kamu..
Amin..

Saturday, March 26, 2011

:. Hari Ini Aku dan titis Mutiara .:

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini,
Aku dan titis mutiara kembali bersua,
setelah lama memendam dalam diam,
dalam rasa kepiluan,
episod duka yang lama terhenti,
merah semula seperti baru semalam apinya menyala,

Hari ini
aku dan titis mutiara kembali bersatu
di ruang sungai jernih di pipiku
terima kasih pada mereka-mereka
yang memerah titisan mutiara ini keluar dari
lautan mataku..

Hari ini
seperti selalunya dapat kulihat
di mana darah dan daging yang mula dirasuki alpa
tangan-tangan yang selalu memcari bahuku di saat mereka duka
kini mejauh di saat mutiara ini mengalir deras di jiwa,

Hari ini
tiba-tiba rasa sunyi dan rindu menjelma
teringat pada ayah dan bonda
terkenang nenda yang sudah tiada
satu waktu dulu di bahu merekalah aku mengadu domba..
Ya Allah saat seperti ini aku benar rindukan mereka...

Hari ini
aku dan titis mutiara ini
bersahabat semula
setelah agak lama x bersua
dan sekali lagi sungai jernih ini jadi saksi hiba

Hari ini
aku harap akan segera berakhir
semoga titis mutiara ini hanya akan jadi sahabat
di saat mendung cerah dan bintang bercahaya


Abah, mak, nenek
hari ini kamu semua tetap di hati
seperti hari-hari sebelumnya
rindu dan sayang ini untuk kalian
selamanya..




p/s : nukilan hati sendiri x de kena mengena dengan sesiapa pun..
al-fatihah untuk arwah abah, mak dan nenek semoga kalian dalam lindungan Allah hendaknya.. aminnn..

Tuesday, January 11, 2011

:. Doa Untuk Qistina .:

Edit Posted by with 16 comments
surgalah tempatnya...


Sejak semalam aku dah dikejutkan dengan berita kematian dan tragisnya pemergian
arwah adik Qistina..
bukan soal penderaan dan kematian itu sahaja yang buat aku terkejut..
tetapi soal siapa yang disyaki melakukannya..
aku mengenali beliau ( bapa Qistina ) sejak zaman persekolahan lagi..

sesungguhnya aku sangat terkilan dan sedih dengan apa yang terjadi..
Pizan dulu seorang yang kelakar dan ramah tak sangka plak aku kalau dia yang melakukannya..
tapi entahlah biarlah undang2 yang menentukannya..
buat Aquilla kak noie doakan adik sabar dan tabah menghadapi ujian Tuhan ni yer..
Tuhan ternyata lebih menyayangi arwah..

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
semoga arwah adik Qistina sentiasa di cucuri rahmat dari Allah..
Amin...



Friday, November 12, 2010

:. Ya Allah Kau Duga Lagi Aku.. Aku Redha.. .:

Edit Posted by with No comments

Dugaan Tuhan itu tak pernah berhenti pada hambanya..
dan Allah tak kan menguji hambanya di luar kemampuan manusia...
aku redha dengan Tuhan kali ini...


mungkin semua ini ada hikmahnya..
harap aku akan terus kuat..
tq pada semua yang banyak bagi sokongan..
kawan-kawan.. adik-adik..
dan yang paling penting suami tersayang..
aku syg kalian semua..

:)

Monday, October 18, 2010

:. Gempa Bumi Lemah Di Tawau, Sabah .:

Edit Posted by with 1 comment
GEmpa bumi lemah berukuran 3.8 skala ritcher di kesan berlaku di Tawau
pada sekitar jam4.37 pagi tadi

nasib baek cuma gempa bumi lemah jer.. apepun Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan berkenaan..
bersama-samalah kita doakan agar tiada kejadian buruk yang berlaku..
nak hujung2 tahun ni teringat kisah Tsunami yang dulu telah meragut banyak nyawa..
berdoa pada Tuhan agar kejadian yang sama tak akan berulang lagi..
amin...

Saturday, October 9, 2010

:. Lagi Kes Kanak-Kanak Hilang.. Dimana Adik Nisha? .:

Edit Posted by with 4 comments

Wahai kawan-kawan blogger yang budiman..
mari sama-sama kita membantu untuk mencari dan mengesan kanak-kanak malang ini..
apa kata kita letakkan berita kehilangan kanak-kanak ini di dalam blog korang atau letakkan dalam FB korang...
mudah saje kan..
manalah tahu dengan usaha kerdil kita ini..
kita mampu mendapatkan semula adik Nisha yang malang ini..
noie.. doakan adik nisha dalam keadaan selamat dan akan segera di jumpai



p/s : bersamalah kita sebar-sebarkan berita ini pada yang lain yer..

Friday, October 8, 2010

:. Cemprengnya Hati Ni .:

Edit Posted by with No comments
tau apa makna cempreng?
kalau tak tahu baguslah..
sebab aku rasa hati aku tengah cempreng sekarang ni..

Wednesday, September 29, 2010

:. RupaMu Cantik Tapi Sayang Mulutmu LANCANG!! .:

Edit Posted by with No comments

Tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung..
Sewaktu singgah di stesyen minyak..
terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki dan wanita yang sedang duk berehat..
lagak gaya seperti sedang menuju ke destinasi yang jauh..

Itu aku tak kisah ler..
tapi aku naik menyampah bila si gadis2 tu..
kasar betul bahasanya..
mudah benar mengucapkan kata-kata kotor...


' bab*'
'si*l'
'bod*h'
'c*bai'


boleh dikatakan banyak le jugak aku dengar..
naik sakit telinga aku..
kalau adik-adik aku dah lama kena tampar mulut tu..
muka masing2 lawa-lawa..
tapi perangai mak oi!!

buat adik-adik manis kat luar tu..
tolonglah berbudi bahasa sedikit..
bahasa kan melambangkan bangsa..

Saturday, September 18, 2010

:. Sakit Tapi Masih Boleh Tersenyum .:

Edit Posted by with No comments
Ni gambar anak buah kesayanganku yang hari tu sakit demam panas..
tapi sekarang alhamdulillah dah pulih dah..
Terlambat aku nak uploadkan gambar mereka di sini..
kalau tengok gambar semua yang ada kat sini..
tak akan nampak yang Aam ni macam sakit pun..
asyik tersenyum dan ketawa bila bermain dengan Iman dan Akim..
suka betul dia bila lihat kedatangan kami..



tengok ler tu masih boleh tersenyum lagi tu..
suka betul dia bermain dengan Iman dan akim sampai hilang sekejap rasa sakit





Friday, September 10, 2010

:. Dugaan Beraya Dengan Suka Dan Duka .:

Edit Posted by with 1 comment
Selamat hari raya buat semua rakan-rakan blogger..
maaf zahir dan batin sekiranya ade silap dan salah..

raya ni bagi aku sederhana sahaja
cuma yang aku sedihkan sebab ada adik-adik yang tidak dapat beraya bersama..
tambah sedih lagi bila 2 hari lagi nak raya kereta aku pulak rosak..

adihai meleleh air mata aku..
ingat raya ni nak le bawak atuk dan keluarga pi berjalan-jalan rumah saudara mara..
tapi ermmm nak buat macam mana..
sampai hari ni pun kereta tu tak siap lagi..
habis tu takkanlah aku nak paksa mekanik tu buat hari ni..
dia pun nak beraya jugak..
kesudahannya PASRAH ajelah..

tadi waktu hujan renyai2 aku ke pusara nenek,mak, abah dan adam..
aku boleh duduk sorang2 kat kubur tanpa rasa takut..
aku peluk batu nisan abah..
rasanya selamat berada di pusara mereka..

Ya Allah!..
berkatilah kami sekeluarga ..
samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
amin...

Friday, July 30, 2010

:. Terasa ~ Terase ~ Teraso .:

Edit Posted by with No comments

terase..


terluka...


terkilan....


terguris......


terhiris.....

tercalar....


Monday, July 12, 2010

:. Kota Tinggi : Lori Terbabas Masuk Sungai, Pemandu Mati Lemas .:

Edit Posted by with No comments

Kota Tinggi : Lori Terbabas Masuk Sungai, Pemandu Mati Lemas


Kota Tinggi / Mersing :


Akibat dari lori yang di pandu terbabas masuk ke dalam sungai, seorang lelaki berusia 38 tahun telah terbunuh. Kejadian berlaku di jambatan Sungai Dohol di Kilometer 63.5 Johor Bharu Mersing.


Lori tersebut membawa muatan tong ikan kosong dipercayai untuk mengambil ikan di Endau, Mersing.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 3 petang.


p/s : kenapa aku berminat nak tulis tetang ni? Sebab kejadian ini berlaku di laluan aku pergi dan pulang kerja. Dalam x sedar entry ni dapat mengingatkan aku juga agar berhati2 dalam perjalanan nanti.

Sunday, July 4, 2010

:. Sabrina Dan Shahrin Dah Bercerai .:

Edit Posted by with No comments

Terkejut gak bila dapat tahu yang
Sabrina Dan Shahrin
dah bercerai bulan lalu..
aduhai..
satu lagi pasangan artis kita bercerai..
terkezut sebab tgk dia orang ni romantik sakan masa program
SEHATI BERDANSA
di Astro tu..
tak sangka betul le kan..
memang le
jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan
tapi kalau boleh kita elakkan le perceraian ni ..
betul tak???
adiosss!!!!

Tuesday, June 22, 2010

:. Berita Menyedihkan .:

Edit Posted by with 3 comments

Aku baru dapat tahu adik aku Yan dan anak sedara aku A'am terlibat dalam satu kemalangan..
Ya Allah selamatkan mereka..
tak sanggup rasanya nak kehilangan sesiapa lagi dalam masa terdekat ni

Sunday, June 20, 2010

:. Selamat Hari Bapa : Abah .:

Edit Posted by with No comments
abahku dah tiada..
sudah hampir 3 tahun beliau meninggal dunia..
yang tinggal hanya kenangan bersamanya...


betapa banyak jasanya..
sungguh tidak terkata..
tak akan terluah dengan kata-kata..
jasanya terlalu besar untuk dilafazkan dengan madah pujangga..
kasih sayangnya terlalu besar nak aku gambarkan di alam nyata..
aku sayang abah..
aku rindu abah...
tak mungkin aku temui orang seperti abah lagi di dunia ini..
walaupun abah telah pergi..
abah tetap lekat dihati..
aku sayang abah sepenuh hati ini...
semoga abah tenang di sana..
nunnn jauh di sana..
al fatihah untuk abah terdinta...
amin..

Friday, June 11, 2010

:. Sorry Masdiana Zaini Yang Comei .:

Edit Posted by with 1 comment




huhuhu
malam ni kawan aku wat majlis berinai
tapi aku x dapat pi
sebab si kecik eisya ni x dak org jaga
hubby ngan atuk dah pi rewang kat umah pengantin
eisya ni kecik lagi
masih dlm pantang x kan nak bawak time reramai macam tu
huhuhu untuk my best frenz mas.... sowie k
esok aku pi ko sanding
kena gilir2 ngan my hubby ni.. huhuhuhu