Saturday, May 15, 2010

:. Selamat Hari Guru Tuk Semua Guru2 Di Malaysia .:

Edit Posted by with No comments

Sempena menjelang Hari Guru ni aku nak jugak le ucapkan selamat hari guru tuk semua guru2 di bumi Malaysia ni..
terutama sekali buat semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik aku selama ni..
( ceh.. macam le dia org baca blog aku yang hampeh ni )
tapi nenek aku pernah kata... guru ni bukan le yang setakat mengajar kita di sekolah tu.. tetapi sesiapa sahaja yang memberikan kita ilmu mahupun banyak atau sedikit.. orang itu layak kita panggil guru... so maknanya ramai le guru kita secara x sengajanyer di bumi Tuhan ini.. ermmm nak citer pasal pengalaman hari guru ni.. teringat plak aku masa aku sebelum kerja dengan gov sekarang ni..
berapa tahun aku mengajar di tadika swasta.. yang majoritinya pelajar berbangsa china..
kalau time hari guru ni memang meriah... macam2 hadiah aku dapat sampaikan x cukup tangan nak bawak balik..
seronok sangat..
antara hadiah2 yang best yang pernah aku dapat macam bunga ros hidup, teddy bear dan yang paling best sekali tu ade parent yang bagi hadiah buah durian sebab masa tu tengah musim durian... hehehe
tapi sebenarnta bukan hadiah tu yang cikgu2 ni harapkan... cukuplah dengan sekadar ucapan pun dah memadai... bukannyer selalu kan.. setahun sekali jew..
tapi sekarang ni aku dah bekerja di AADK.. mana le nak sambut hari guru lagi..
kalau dulu murid2 aku tu pelajar2 tadika tapi sekarang murid2 aku ni kiranya penagih2 dadah... adei... x de le plak dia org datang bagi ucapan hari guru.. hehehe..
ape pun ni pengalaman aku pada hari guru... korang plak tentu ade pengalaman masing2 kan..


0 comments: