Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Friday, June 3, 2011

:. Wujudkah Kerajaan 17? Hinakah Angka 17? .:

Edit Posted by with 2 comments

Wujudkah Kerajaan 17 di tempat anda?
adakah 17 dipandang hina?

kisah 17 yang boleh buat keje dari angka 1-41
kalau ade salah tu.. munasabah le kan..
manusia mana yang x de wat silap
cuma sedih le bila teguran lebih pada penghinaan..


buat kerja macam nak rak..
pastu di ejek2 plak..
"Kerajaan 17"
bila ade silap salah
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

bila ada kekurangan sana dan sini
mereka kata
itulah
"Kerajaan 17"

tapi bila dapat pujian
angka 17 x ade pulak disebut..
bila semua berjalan lancar..
tak ade ucapan terima kasih..
yang dapat nama bukan 17 pun..

tapi 17 x kisah pun
janji tanggungjawab terlaksanakan..
( walaupun kdg2 tanggungjawab org laen dipikul)

tak kisah le pun..
bantu membantu le katakan..
tapi bila 17 yang susah..
ade masalah..
semua orang buat derk je,,
yang paling teruk kita pun dibantai sama

nak tegur tak salah..
gunalah bahasa yang sedap di dengar..
bukan dengan kata-kata ejekan..

hormatilah sesama manusia tak kira berapa angka dia ade..
x salahkan kalau saling menghormati..
kalau yang angka besar2 tu ada keluarga
yang angka kecik2 pun ade keluarga..

kalau yang angka besar2 tu ade anak..
yang angka kecik2 pun ade anak2..

biasenyer yang angka besar2 tu jadi penyelesai masalah
tapi yg ni pelik..
si angka besar tu plak yang jadi batu api pembawa masalah!


perghhh.... jauh melalut ni..
bukan ape.. ni le di ayg terjadi bila ade sisa sampah dalam mata ni....
mata berair.. tangan mengarut...


p/s : buat mereka yang sedang berada di atas.. sesekali pandang dan tersenyum le pada yang di bawah.. jangan terlalu taksub dan bangga dengan kedudukan di atas.. hormati org lain untuk diri kita dihormati, sayangi org lain untuk diri kita disayangi..






Tuesday, May 17, 2011

:. Entry Menyampah Tahap Gaban .:

Edit Posted by with No comments
Hampeh tul seseorang ni...
wat aku menyampah..!!
meluat!!!..
hak tuih!!!!!



amboie!! emosi nampak si noie ni...

hehehe.. sorry terlepas plak kat sini..

ok2.. juz forget it..

layan keje aku lg baik...

buat sahabat2 yang selalu di sisi..
muahhh!!!
love u all!!!

Thursday, October 14, 2010

:. Wartawan dan Polis Dah Berkumpul Di Depan Stesyen Minyak Arjand Ali .:

Edit Posted by with 4 comments
Ramai dah wartawan dan pihak polis berkumpul kat depan stesyen minyak milik
Arjand Ali ( kedai bapak dia sebenarnya)
ermmm..
tu ler akibatnyer kalau menulis ikut suka hati jer..
kalau korang nak tahu ape yang dia tulis leh baca entry aku sebelum ni


ermm member aku kata esok kuar berita pasal ni kat Sinar Harian..




Wednesday, October 13, 2010

:. ARTIKEL ARJAND ALI MENGUTUK FELDA TENGGAROH MERSING .:

Edit Posted by with 11 comments
Artikel di bawah ini aku dapat dari seorang kawan tentang seseorang manusia yang tidak bertanggungjawab mengutuk Felda Tenggaroh... kenapa aku terasa?... kenapa aku marah??... SEBAB AKU ANAK TENGGAROH..!!
malas nak cakap lebih-lebih.. korang baca le sendiri patut ke aku marah ke tak?... dan apa perasaan korang kalau kampung korang kena kutuk macam ni?


(PERANGAI DAN SIKAP SEGELINTIR ORANG TENGGAROH,MERSING)-MENGIKUT PENGALAMAN..

by Arjand Ali on Wednesday, October 13, 2010 at 11:02am

Sebut saje maner2 kawasan di tenggaroh,seseorg itu akan memikirkan ia adalah tempat dipenuhi ladang kelapa sawit dan tanah lapang.Di minda mereka akan terpapar keingingan utk menetap di situ dan memulakan hidup baru.Namun setelah menetap di situ,ternyata mereka akan merasa terkejut dan hairan kenapakah mereka berada di situ.

Nota saya pada kali ini ialah mengenai pengalaman saya sepanjang berhijrah dari Singapura ke Tenggaroh 2 Jemaluang Mersing.Ape yg saya akan kongsi ini bukanlah rekaan semata2 dan bukanlah utk menjatuhkan atau menghina sape2.

Kawasan Tenggaroh merangkumi dari Tenggaroh 1 hingga Tenggaroh 7 termasuk Tenggaroh Timur.Kawasan Tenggaroh penuh dgn kelapa sawit dan bukit bukau.Saya sekeluarga berhijrah ke Tenggaroh pada awal 25 February 2007.Kami ke sana kerana menerima tawaran dari pengusaha stesen minyak kuala lumpur utk beroperasi sebagai operator minyak.Pada mulanya saya juga mempunyai andaian seperti org lain iaitu jikalau ke sana,kami hendak mencari rezeki halal dan hidup aman damai.Kami hanya memikirkan bahawa akan ke tempat baru dalam keadaan lebih selesa dan selamat.Ternyata segala andaian kami salah dan menjadi sebaliknya.

Pelbagai peristiwa yang hendak dikongsi kepada rakan2 sume.Oleh itu adalah lebih baik utk saya menulis mengikut butiran supaya kemas dan teratur.Peristiwa2 yg akan dikongsi ini akan diperlihatkan kepada kite sume betape Tenggaroh di mana hampir seluruh penduduknya berbangsa melayu dan islam mempunyai tabiat2 buruk yg tersendiri yg boleh menjejaskan imej kite sebagai umat islam dan secara keseluruhan rakyat malaysia.

Boleh dikatakan ramai org2 yg duduk di Tenggaroh Jakon,Pendek Akal,Dajal,Tidak Befikiran Waras,Tamak Haloba,Tidak Bersyukur,Melampaui Ajaran Islam,Rampas hak Milik Org lain,Memfitnah,Mencerca,Malas Dan Sebagainya...Berikut adalah antara butiran2 yg saya boleh kongsi kepada anda sume mengikut pengalaman,benda yang sudah berlaku dan juga dari kajian lebih lanjut.


(1)Org tua mencarut dan bercakap kotor2 pagi2-Lazimnya kite bangun pagi2 utk memulakan mencari rezeki pada pagi yang indah lagi suci.Tetapi saya rasa heran dgn perangai org2 kat sini.Dahlah tua nak mampus tambah pula dia mencarut pagi2.Pantang tengok pekerja2 perempuan bekerja pagi2 mulalah mereka mencarut.Amat memilukan juga melihat org2 tua ini mencemarkan peniagaan kami dgn melakukan hobby2 mereka yg tidak faedah lagi kotor.Ada jugak berape kali ayah saya menasihati mereka supaya menghormati tempat kami beniaga namun damai yang kami pinta muka merah padam dan kemarahan utk bergaduh yang kami terima.

(2)berjalan seperti jakon dan sering membuka dada-Tidak dinafikan bagi mereka yang duduk terpendak di dalam kelape sawit,minda mereka tidaklah sehebat mane oleh kerana mereka tidak didedah kepada dunia luar.Selama saya ada di sini,memang amat mudah utk kenal org2 sebegini dgn cara mereka berjalan dan bertutur.Terlalu jauh dari arus kemodenan hidup.Salah satu contoh ialah mat rempit mereka.Amat melucukan melihat budak2 muda di sini beriya2 hendak menjadi mat rempit dgn gaya mereka tersendiri.Namun di sebaliknya,budak2 ini lupa bahawanya mereka bukanlah mat rempit yang hardcore dan daring seperti mana adanya mat rempit di kuala lumpur dan kelantan yang ganas2 dan mempunyai class yang tersendiri.

(3)mengumpat-Tak boleh dikatakan walaupun di mana jua kite ada,mengumpat mesti ada dalam masyarakat kite.Di sini pula bermacam2 karenah manusia saya dah lihat.

Karenah 1-Di depan kite dia kata minyak yang kite jual bersih dan berquality namun di belakang dia hebohkan kepada org kampung minyak kite campur air tanpa bahan bukti atau saksi.Apabila ditanya depan dia mengapa dia buat begitu,dia hanya mendiam diri dan senyum.

Karenah 2-Dia merayu kepada saya utk meminjam duit.Saya kasi.Namun 1 ketika biler saya tk meminjam duit kepada dia kerana dia kerap meminjam duit,dia mengumpat tentang saya menipu beliau,memungkir janji dan sebagainya.

(4)PHD(PENGAMPU HASAD DENGKI)-Di Tenggaroh terdapat org2 dari pelbagai bangsa contoh boyan,jawa dan banjar dan juga dari merata negeri di malaysia.Mereka ni tidak bersatu hati dan sering melumba2 mencari kemewahan antara mereka.Jikalau mereka tidak puas hati,Ilmu Hitamlah cara utk mereka mengatasi masalah.Bom sana dan bom sini tidak peduli tuntutan agama asalkan mereka puas hati.Mereka juga berpuak2 dgn pahaman ideologi sempit mereka.Kata org memang org jenis merekani tidak boleh melihat org lain senang sikit.Asal tidak bepuas hati atau sakit hati,cara kotorlah yang mereka sudahi dahulu.Dengan kami sebagai operator minyak jugak tidak lepas dari cengkaman iblis2 ini.Mereka memikirkan bahawa kiteni kaya dan mempunyai banyak duit dan harta namun mereka tidak tahu betape payahnya kami merantau ke negeri org dgn harapan besar mencari rezeki.

Ramai yang sakit hati melihat kami membuka stesen minyak di situ.Tambah pula kamini org luar datang ke sini beniaga dan rezeki mencurah2 tidak berenti.Pelbagai gangguan telah kami sekeluarga alami semenjak duduk di sini.Telah banyak tempat kami berubat dan jawapannya adalah sama.Ada pihak di sini ingin keluarkan kite dari sini dan mereka sendiri hendak stesen minyak itu namun mereka tidak mempunyai cukup modal dan duit.Antara gangguan2 yg kami alami adalah seperti berikut..

A.Sering bergaduh anak beranak.
B.Tidak boleh tidur
C.Sentiasa rasa marah.
D.Tidak lalu makan.
E.Berat badan bekurangan dan tk bermaya.
F.Malas utk bersembahyang.
G.Sering kecewa dan kecik hati.
H.Masalah kecik boleh menjadi besar.
I.Mane2 anggota badan akan sakit danlemah

Boleh dikatakan hampir setiap hari,kite bukannya bertarung dengan tugas seharian kami tapi jugak dengan gangguan ilmu hitam pihak2 tertentu yang penakut dan banyak melakukan perkara mungkar.Memang sudah menjadi adat budaya di Tenggaroh jika anda seorang yang senang dan sihat walfiat,ader sajer orang yang hendak jatuhkan anda.Memang org yang buat ilmu hitam kat kite sekeluarga amat terkenal di kampung dengan kekayaan dan keangkuhan beliau.Beliau memang tidak boleh melihat orang lain leboh dari beliau.Sesiapa saja yang lebih dari beliau atau engkar kata beliau akan dibom bertalu2 tanpa belas kasihan.Namun diani org yang takut mampus dan takut keluar rumah.Walaupun kite tahu ini sume adelah keje beliau,kite redah saja pada ape yang berlaku dan serah sume kepada yang Maha Esa.

(5)Mengambil barang org tanpa minta kebenaran-Perkara ini pernah berlaku di sini.Ada segelintir org yang tidak beradat membuat perkarani...

Contoh 1-Ayah baru beli kereta Myv berwarna Hitam.Hari pertama letak kereta di luar ofis ada seorang pekerja anak Tenggaroh tanya kepada ayah.."Bos mintak kunci saya nak test bawak kereta bos".Alangkah terkejutnya kami apabila mendengar kata2 budak tersebut.

Contoh 2-Saya sedang duduk rehat di luar ofis.Hp saya berada di atas meja.Salah sorang pekerja saya datang lalu mengambil hp saya dan membuat seperti hpnya sendiri.Saya hanya mendiam diiri kerana saya tau minda mdp)a vkk2e0l|kmpit c!hkbAao n mengambil barang org pun di buat tk sapekan kite.Kalo hp saya yang mahal itu rosak habislah saya.

Contoh 3-Sorang pekerja meminjam radio saya.Memnjam selama 3 minggu tapi dia berjanji akan p ulangkan kepada saya esok..Berulang kali bertanya pada beliau di mana radio saya.Alasan yang diberi ialah dia lupa untuk membawanya.Hari yang dia membawa radio itu,saya mendapati kaset player radio sayatidak berfungsi lagi.Saya mintak ganti rugi kepada dia namun selepas itu dia menghilangkan diri.Dengar khabar beliau telah lari ke johor bharu.

(6)Tidak mempunyai belas kasihan,pedoman dan kesabaran.-Saya boleh mengatakan betapa hebatnya dugaan Allah kepada kami..Berape insiden dibawahni adalah detik2 cemas kepada kami sekeluarga..Tidak dapat dibayangkan kepada sape kite hendak mengadu kecuali kepada Allah kerana Pihak Polis dan Pihak Penguasa di bawah tangan mereka.

Insiden 1-Sorang budak latar belakang penagih dadah tegar datang ke stesen utk beli biskut.Kebetulan di tempat biskut ada dua bahagian di atas dan di bawah,Di atas adalah biskut yang belum tamat tempoh dan di bawah yang sudah tamat tempoh.Mak Si budak otat sesotni pegi ambil biskut yang diletak di bawah.Mak saya beritahu beliau bahawa biskut itu dah tamat tempoh namun beliau berdiam lalu terus bayuar dan keluar.Berape minit lepas itu beliau kembali dan campak biskut tersebutBeloau ke muka mak sambil mengata "Oh kau nak kasi aku mampus ye kasi biskut yang tamat tempoh.Aki nak duit aku balik!"Mak saya menyuruh tenangkan beliaunamun beliau kembali semula ke motor dan mengeluarkan sebilah parang.Beliau masuk ofis lalu menghayung ke kanakkiri ke arah mak saya.Waktu iti mak saya sorang.Ayah sedang rehat di kerusi dan saya di kl.Ayah tedengar mak menjerit lalu terlenadari tidur.Barang dalam ofis selerak.Budak itu terus beredar.Laporan polis dibuat namun polis tidak mengambil ape2 tindakan.Yang peliknya ada sorang kutu polis memberitahu kepada budak itu bahawa kite membuat laporan polis.Berape hari lepas itu budak itu datang ketawasambil mengatakan polis senang utk dibeli dan tiada ape2 yang boleh kiter buat..Heran....

Insiden 2-Sekumpulan budak datang ke stesen mengamuk dengan saya dan ayah mengenai minyak campur air.Emak berada di rumah dan insiden ini berlaku semasa bulan puasa.Mereka datang memintak ganti rugi.Tapi yang mengherankan tiada bukti yang dibawa contoh bil membaiki kerosakan atausampel minyak.Yang pelik jikalau benar ada masalah kenape harus datang dengan geng2 sambil memaki hamun kami.Ini bukanlah dinamakan hero tapi pengecut.Memang benar jika berlaku pergaduhan ditenggaroh,saya tk pernah lihat 1 lawan 1 tapi ramai2 lawan 1.Amat memalukan melihat merekani..Dalam bulan Ramadan yang mulia mereka datang memaki2 pelbagai ayat2 yg mengecikan hati kami.Di sebelah pihak kami jugak kami telah mrmbuat macam2 demi mewnjaga minyak yang kite jual tidak mencampuri air.Kita telah check secarakeseluruhan namun tiada air.Menteri Perdagangan telah beberape kali check namun tiada air.Yang sebenar kami dapat tahu mereka ini telah diupah pihak tertentu utk membuat kecoh dgn kami jadi kami akan rasa takutdan akan keluar dari kampung Tenggaroh ini.Laporan polis telah dibuat namun tiada tindakan diambil kerana individu terbabit yang mengupah budak2ni telah bekerjasama dgn polis dan polis telah menutup mata sebelah.

Sebenarnya banyak lagi yang saya hendak kongsi tapi waktu tidak menizinkan.Bagi mereka yang memnaca nota yang tidak seberape ini,harap2lah jangan meniru perangai org2 Tenggaroh yang sedemikian rupa.Bagi yang menetap di Tenggaroh atau kawasan sekeliling ambillah iktibar dari sini dan jika boleh berubahlah..Jangan menzalimi org lain.Jangan ambil kesempatan dari kesenangan anda untuk melakukan perkara yang bertentangan dgn agama dan bangsa....



ermm... seolah2 semua orang Tenggaroh ni tak baik... ape ke benda macam ni tak berlaku di tempat2 lain ke?? huhhhhhh!!!

Tuesday, October 5, 2010

:. SAKIT HATY BETUL DENGAN ORANG TU YANG TAK BERADAB SOPAN .:

Edit Posted by with 5 comments

aku memang hangin sangat ni!
pantang aku bila jumpa dengan orang yang tak beradab sopan ni..
masalahnya kalau budak2 tu satu hal ler..
ni orang tua.. sebaya dengan atuk aku kot!!
kalau budak-budak mau je aku cekik2 leher dia..
fuhhhhh~~~~~
( tarik nafas jap )

"

"

aku ni baru balik mengeteh makan roti canai kat kedai mamak dengan hubby aku..
sedang seronok2 aku mengadap roti canai cecah susu tu tetiba datang sorang pak cik..
duduk depan je dengan meja kami..
duduk tak sampai dua minit..
dia dah terjerit2 maki budak yang ambik order tu..
kuat plak tu dia tengking..
kesian budak2 tu terpinga-pinga..
aku yang meja dekat dia pun macam nak tersedak roti kat tekak..
eeee geramnyer aku..
tak reti berbahasa sungguh pak cik tu..

aku agak dia macam mabuk ler..
( dia bukan berbangsa melayu kot... tgk dari fizikal dia ler )
entah berapa botol dia minum le tu agaknyer..
ermm..
aku memang hilang mood terus nak makan..
( tapi siap tapau roti canai 2 keping tu )

pengajarannyer kat sini tak kira le orang tua ke muda..
jaga bahasa kita..
adab sopan bila berbicara..
kan bahasa melambangkan bangsa..

Sunday, October 3, 2010

:. Tension! &8Hy@3xt#4!!! .:

Edit Posted by with 1 comment
Keta Wat Hal LAgi!!.
Untuk yang ke sekian kalinya!!..

my hubby baru balik dari bengkel..
MOOD?







"










"





"



No Mood... nak citer..


Thursday, July 15, 2010

:. Line Macam Siot .:

Edit Posted by with 1 comment
Try guna member punyer berukben malam ni..
line DIGI ..
ermmm rupenyer lembab gak..
adeii..
macam sengaja suh aku guna streamyx je
huhuhuhuhuh..
pakai streamyx mesti laju kan..
huhuuhu
waaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tension!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 28, 2010

:. BLOG SAMPAH vs BLOG HEBAT .:

Edit Posted by with 7 comments
aku tak tau le kenapa..
ade sesetengah blogger yang sendiri2 buat tafsiran..
yang ini blog sampah.. yang tu plak blog hebat...
adeii... yang aku tahu le kan..
kita bebas bersore..
bebas berkata-kata asalkan tak menyusahkan sesiapa..
asalkan apa yang kikta tulis tu tak menyinggung sesiapa..
pelik le pulak aku bila dia orang ni tetiba jadi pengkritik blog..
bagi komen yang bukan-bukan kat dalam blog orang lain..
tapi yang kelakarnyer tu...
tak berani le plak nak tinggalkan jejak di situ..
yang ade hanya
"Anonymous"
sahaja ... kalau le kan kamu kata blog kamu tu lebih hebat..
tinggalkan le jejak biar senang di lihat....
pelik2
macam2 hal...
kalau orang jenis ni bagi komen bukan2 pada aku memang aku ignore jer..
DELETE TERUS!!!!!
hahahahahhaha