Showing posts with label koleksi puisi. Show all posts
Showing posts with label koleksi puisi. Show all posts

Friday, December 30, 2011

: Puisi Buat Sahabat .:

Edit Posted by with 1 comment

pedihnya hati..
melihat kau menangis..
pedihnya hati melihat titis air mata yang mengalir di pipimu..
terasa aku yang duduk ditempatmu..

mungkin berat yang kau tanggung tak sama dengan apa yang aku rasakan..
aku tahu kau derita..
aku tahu kau sengsara..
hulurkan tangan mu
dan bangkitlah semula..

biarkan fitnah mereka membunuh mereka di kemudian hari..
biarkan mulut jahat mereka..
membakar diri mereka satu hari nanti..
berhentilah menangis sahabat..
kesatlah air matamu..
kerna aku masih jadi teman setiamu ..
dan masih menjadi sahabat sejatimu..
hingga ke akhir hayatku..

senyumlah semula sepeti dulu..
kerana senyumanmu
adalah kebahagiaan ku.
sapulah air matamu
kerna air matamu adalah duka ku..


aku kata : puisi ni tujukan khas buat seorang sahabat aku... maaf lah kalau susunan perkataannya tidak berapa bagus kerana aku dah lama pencen bab menulis puisi ni :)

Saturday, March 26, 2011

:. Hari Ini Aku dan titis Mutiara .:

Edit Posted by with 2 comments

Hari ini,
Aku dan titis mutiara kembali bersua,
setelah lama memendam dalam diam,
dalam rasa kepiluan,
episod duka yang lama terhenti,
merah semula seperti baru semalam apinya menyala,

Hari ini
aku dan titis mutiara kembali bersatu
di ruang sungai jernih di pipiku
terima kasih pada mereka-mereka
yang memerah titisan mutiara ini keluar dari
lautan mataku..

Hari ini
seperti selalunya dapat kulihat
di mana darah dan daging yang mula dirasuki alpa
tangan-tangan yang selalu memcari bahuku di saat mereka duka
kini mejauh di saat mutiara ini mengalir deras di jiwa,

Hari ini
tiba-tiba rasa sunyi dan rindu menjelma
teringat pada ayah dan bonda
terkenang nenda yang sudah tiada
satu waktu dulu di bahu merekalah aku mengadu domba..
Ya Allah saat seperti ini aku benar rindukan mereka...

Hari ini
aku dan titis mutiara ini
bersahabat semula
setelah agak lama x bersua
dan sekali lagi sungai jernih ini jadi saksi hiba

Hari ini
aku harap akan segera berakhir
semoga titis mutiara ini hanya akan jadi sahabat
di saat mendung cerah dan bintang bercahaya


Abah, mak, nenek
hari ini kamu semua tetap di hati
seperti hari-hari sebelumnya
rindu dan sayang ini untuk kalian
selamanya..




p/s : nukilan hati sendiri x de kena mengena dengan sesiapa pun..
al-fatihah untuk arwah abah, mak dan nenek semoga kalian dalam lindungan Allah hendaknya.. aminnn..

Monday, November 29, 2010

:. Pantun Bong*k Lepas Geram .:

Edit Posted by with 2 comments

Jalan kampung bengkang bengkok,
Sambil jalan men gentel-gentel,
Muka seposen ala-ala mangkuk,
Ada hati pulak perasan model.


Jalan-jalan pi menggatal,
Lepas berjalan kena gatal-gatal,
Dulu kawan sama sebantal,
Dah besor wat2 tak kenal,


Malam-malam pergi berperang,
Pergi berperang dalam sarang,
Hebat sangatkah kamu tu sekarang?
Sampai aku pun x sudi dipandang?

Hari-hari makan pucuk paku,
Sambil makan geget eko,
Tak kisah le kalau ko dah x kenal aku,
Sebab aku pun bukan makan duit ko,


Monday, November 8, 2010

:. Terima Kasih Cinta .:

Edit Posted by with 2 comments



Dulu aku pernah menangis..
Dan kau datang memberi bahumu..
Untuk aku sandarkan lukaku..

Dulu aku pernah sendiri..
Dan kau hadir menemani..
Untuk aku menumpang kasih..

Dulu aku pernah tersesat..
Dan kau datang memberi cahaya..
Untuk berjalan kearah bahagia..

Dulu aku tak kenal erti bahagia..
Dan kau hadir membawa cinta..
Untuk aku merasai dan memahaminya..

Dulu kau sekadar teman setia..
Tapi kini kau menjadi suami tercinta..
Terima kasih sayang kerana menyayangi aku dengan sepenuh jiwa..
Terima kasih sayang.. Terima kasih CINTA...


p/s : khas buat suami tercinta...

Thursday, August 19, 2010

:. Airmata Blogger .:

Edit Posted by with No comments

Ramadhan tiba mengundang seribu rasa
Ada rasa suka dan ada rasa duka
Ada rasa rindu yang membara
Pada mereka yang tiada
Yang pasti buat aku... tiap kali ramadhan kan ada airmata


Ramadhan kini tidak seperti dulu
tiada lagi gelak tawa ibu ayahku
tiada lagi senyum manis nenek kesayanganku
yang ada hanya memori masa lalu
yang hadir setiap kali aku merindu

Ramadhan kini meriah dengan suara cahaya mataku
itulah pengganti penyeri kalbu
merekalah yang mencipta semula senyuman di bibirku
mereka pengubat segunung rasa rindu
merekalah yang mampu membenamkan air mataku

Ramadhan bakal pergi
Syawal bakal berganti
namun hatiku masih kaku dan tak beerti
mungkin rasa itu belum lagi kembali
rasa yang mampu memberi seri
dalam jiwa yang lama mati

Thursday, June 3, 2010

:. Poning Pala Mak Cik!! .:

Edit Posted by with 1 comment


CAHAYA MATA BONDA
PENGUBAT DUKA LARA
KADANG KALA KAU MEMBUAT BONDA TERTAWA
KADANG KALA MENITISKAN AIR MATA
CAHAYA MATA BONDA

CAHAYA MATA BONDA
BILA KAU DEWASA NANTI
JANGAN SESEKALI KAU LUPA DIRI
JADILAH INSAN YANG MENTAATI
AGAR DIRIMU SENTIASA DI BERKATI







Thursday, May 27, 2010

:. Manusia Atau Binatang? .:

Edit Posted by with 1 comment




Apa sudah jadi pada dunia
semakin hilang perasaan dan rasa
jeritan dan tangisan
seperti tidak lagi bergema
suara lantang mereka meraung
bagai tenggelam dalam rasa sombong
bongkak dan angkuh
PERATAH dunia

Entah bila
penderitaan ini akan berakhir
entah bila
penyeksaan itu akan terhenti
entah bila
air mata itu akan berhenti mengalir
entah bila
kesakitan itu akan sembuh

wahai manusia durjana!!
mereka itu tidak berdosa
mereka hanya sekadar
anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa
tapi kenapa?
kau robek hati mereka
tapi kenapa?
kau bunuh mereka dengan bersahaja?
aku sendiri tidak tahu
samada kau itu binatang atau manusia...

:. Musim Bunga Bakal Tiba .:

Edit Posted by with 1 comment



satu masa dulu
dia itu seorang dungu
hanya diam dan membisu
walau dibaling dengan batu

satu masa dulu
dia itu seorang perindu
menangis dalam buntu
mencari kasih tak bertemu

tapi hari ini dia ceria
esok musim bunga bakal tiba
luput dan hilanglah sengsara
terpadamlah segala derita

musim bunga bakal datang
tak akan ada lagi duka dalam dada
musim bunga bakal datang
tak akan ada lagi air mata

Monday, February 22, 2010

:. DI RUMAH USANG INI .:

Edit Posted by with No comments





Di rumah usang ini
aku pernah berlari tertawa riang
sambil menjerit galak
dengan gurau senda mereka
di rumah usang ni
aku pernah tersenyum senyum sendiri
apabila waktu itu
kisah cintaku bermula
di rumah usang ini
aku pernah seharian merajuk manja
apabila yang kuhajati tak kumiliki
di rumah usang ini
aku pernah marah hingga terjojol biji mata
bila ada yang membantah kemahuanku
di rumah usang ini
aku pernah merasa belai manja mereka
merasa peluk cium mereka
merasa hangat pelukan mereka
di saat aku sedih dan berduka
kini aku masih di rumah usang ini
tapi mereka telah tiada
yang ada hanya memori lama
yang tak akan bisa memisahkan duniaku dengan mereka
dan kini di rumah usang ini
aku bingkaikan semoga cerita suka dan duka
agar satu masa nanti
kisah cinta mereka akan menjadi
sejarah untuk dikenangkan
buat generasiku yang seterusnya

Wednesday, February 17, 2010

:. SEPI ITU .:

Edit Posted by with 6 comments

Sepi itu
mengajar aku mengenali diri
mendengar apa kata hati
mencari cinta yang sejati
dalam menyusur perjalanan hidup ini

Sepi itu
menginsafkan diriku
mengingatkan ke semua kesalahan dulu
membawa aku melayari rindu
dalam mengecap semua impianku

Sepi itu
menciptakan aku dalam dunia baru
alam maya menjadi bagian dari hidupku
bak puteri yang lena beradu
aku hanyut dan aku tak mampu
menolak episod cinta datang dan berlalu

Sepi itu
membuatkan aku duduk di sini
tak ada yang menemani
kerana aku lebih selesa sendiri
bagiku biarlah aku menurut kata hati
tak mahu mengguris sesiapa lagi
tak mahu ada lagi yang disakiti

Sepi itu
dia sahabatku
dia teman baikku
dia bagian dari hidupku
dia adalah satu dengan jiwaku
untuk teman yang selalu bersamaku
jangan kau bimbang dengan sepi itu
kerna kau akan biasa dengan kisah hidupku
dan waktu itu
tak akan ada lagi kesangsianmu
yang akan datang bersama pertanyaan rindu

:. MERINTIH DALAM DIAM .:

Edit Posted by with No comments
Sebuah hati yang terluka
menangis dan merintih
walaupun tampilnya dengan senyuman
dihatinya tersembunyi seribu kedukaan
cuba untuk melangkahkan kaki
cuba untuk bangkit dari kejatuhan
tapi kesakitan itu amat memeritkan
hingga membunuh sebahagian dari kehidupannya

aku masih di sini
merenung masa depan
entah di mana aku nanti
mungkinkah sendiri atau berteman
mudahnya membahagiakan orang lain
namun tak mudah membahagiakan diri sendiri

adilkah itu
berkorban untuk kesenangan orang lain
sedangkan aku yang menanggung sengsaranya
wajarkah itu terus terjadi
atau aku harus bangun
mempertahankan diri sendiri

andai ini suratan takdir
aku redha
andai dapat membahagiakan dia
jua aku redha
andai ini memang ketentuannya
aku tetap redha