Showing posts with label tenggaroh. Show all posts
Showing posts with label tenggaroh. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

:. Kisah Hero Kampung Terceom Jalan .:

Edit Posted by with No comments

Ini Kisah Si Hero kampung
my dear younger brother le ni..
inilah yang paling aku takutkan bila dengar dia nk ambik lesen motor n beli motor..
inilah yang jadi sebab kenapa aku dingin  je bila dengar dia nk beli motor..
what to say..
apa yang aku jangka dah terjadi..
hero ni dah terceom batu jalan..
now tengok what happen to him..
AiiYArkk!!!!
naseb baek muka hensem tu x rosak..
ermm petang ni balik kampung nk tengok keadaan dia..

adik... ooo adik..
satu je nak cakap..

... " budak baik nilah dapatnya"....


Monday, May 16, 2011

:. Selamat Hari Guru .:

Edit Posted by with 1 comment
Guru umpama pelita...
menyuluh dan menerangi hidup kita...
tanpa guru.. siapalah kita pada hari ini..


terima kasih pada semua guru-guru yang pernah mendidik aku secara langsung atau tidak..
tanpa kalian aku tak akan jadi seperti aku pada hari ini

sayang cikgu :)

Tuesday, March 22, 2011

:. Gambar Sekitar Jeti Tanjung Leman .:

Edit Posted by with 3 comments

Dah lama tak ke Tanjung Leman..
so aku ke sana minggu lepas sempat le ambik2 gambar skit..
walaupun hubby aku duk bising gak..
" amboie! dah macam pelancong le plak!"
kekekekeke..










Sunday, March 6, 2011

:. Tahniah Masdiana Dah Selamat Melahirkan .:

Edit Posted by with 2 comments

Petang tadi dapat msj dari sorang kawan baik aku ni..
Pn Masdiana binti Zaini..
haa kan dah letak nama penuh lagi hahahha
tahniah pada beliau dan suami kerana hari ni telah selamat melahirkan seorang cahaya mata..
seorang bayi perempuan seberat 4.05kg..
dengar citer nk bagi nama NURDHEA..
amboie sedap nama tu..
n jangan lupa Dhea kena panggil aku Mama Noie ok?

hehehe semoga mas cepat sembuh nanti aku datang tk ko n baby k..
muahhh!!

.

Tuesday, February 22, 2011

:. Selamat Pengantin Baru Mazlin & Zool Fadli .:

Edit Posted by with 1 comment

Pada 5 Febuari 2011
member aku ni dah selamat melangsungkan perkahwinan mereka...
tahniah di ucapkan kepada
....Mazlin & Zool Fadli....
semoga akan cepat dapat cahaya mata..
jangan tunggu lama2...
kena cepat2




gambar mempelai bersama ahli keluarga...

bagai pinang di belah dua..

Sunday, February 20, 2011

:. Kisah Aku X Student SMKT'A' .:

Edit Posted by with 2 comments




Kalau hari tu aku ade citer pasal sekolah rendah aku dulu

hari ni aku nak citer plak pasal Sekolah mengah aku dulu..
act..
sekolah menengah yang sempat aku menuntut ade 2..
SMKT 'A'
SMK Mersing..
tapi entry ni nak citer pasal
sekolah menengah Tenggaroh A dulu...


aku bersekolah kat sini dari form 1 hingga form 5 ...
banyaknyer kenangan manis pahit kat sini aduhai Tuhan je yang tahu..
dari yang baik2 sampai yang perit2...
kekekekekeke..

yang paling manis bila bersama-sama kawan2 ler..
nakal tu jangan cakap ler..
aku ni memang nakal pun...
lagi2 kalau bertemu regunye..
Bieb, Fella, Roro, Yanti, Zura,Mas, Along
adui banyaknyer kalau nak sebut..

paling tak leh lupa dalam kelas 5 zahrawi..
huhuhuhu..
kenakalnnyer mengalahkan budak2 lelaki..
Zaki, Helmi,Ajul,Zahari,arwah Ijat..

tetiba teringat arwah ijat..
x sangka dia pergi dulu..
arwah kemalangan masa tu lagi 2 minggu aku nak kawen..
dia memang sorang kawan yang baik...
Al-Fatihah tuk arwah ijat...

Entry ni aku tulis bukan sekadar nak mengimbau kenangan2 lama..
tapi tuk juga menyampaikan rasa terima kasih pada semua guru2 yang pernah mengajar aku di sana...
guru2 yang sangat bersabar dengan semua kelakuan dan perangai aku yang ntah ape2...

sangat seronok kalau mengingati semua tu..
rasa macam nak masuk sekolah balik semula jer..
boleh x???

muahhhh!!
luv school!.. luv SMKT'A'



Monday, January 31, 2011

:. SK Felda Tenggaroh 6 Dalam Kenangan .:

Edit Posted by with 4 comments
SK FELDA TENGGAROH 6



Hujan2 sejuk2 macam ni tetiba teringatkan sekolah lama aku..
sekolah rendah ler terutamanya..
Sk Felda Tenggaroh 6
( dengan bangganyer tu sebut)

sayang sgt sekolah aku ni..
kat sini le mula2 aku kenal dunia alam persekolahan..
kdg2 heran tgk sesetengah orang tu
malu nak sebut bekas sekolah dia sendiri...
meh aku nak citer kat korang sedikit sebanyak mengenai SK Felda Tenggaroh 6 ni..
( ikhsan dari Web SKT6 )

Dua puluh dua tahun yang lalu, iaitu pada 1 Januari 1987 sebuah sekolah rendah telah ditubuhkan di rancangan Felda ini. Ia mempunyai 3 blok bangunan setingakat mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuha perpustakaan, sebuah bilik guru, ruang pejabat dan kantin.

Sekolah ini mula beroperasi 2 sesi dengan kapasiti murid seramai 156 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang lepasan maktab.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Ia telah didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961.

SKT 6 telah menerima bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat di bawah peruntukan pembangunan pendidikan dan mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pusat sumber. Selain itu, bangunan ini juga telah menempatkan bilik guru, surau, bilik SPBT pejabat dan stor.


cikgu yang paling aku tak leh lupa ramaiii..
terutama cikgu norhabsah kasdi, cikgu yati, cikgu shahdan. teacher aishah, teacer normah,
cikgu azmi, cikgu salleh, cikgu saipul, uztazah habibah, cikgu ahmad,
wiiiirrrrrr ramai lagi ler..
tak terkira kekekke..

ok next entry ade masa aku citer plak..
kes2 yang aku pernh buat di sekolah..
hahahahaha..
nakal ni tau x..

Tuesday, January 11, 2011

:. Doa Untuk Qistina .:

Edit Posted by with 16 comments
surgalah tempatnya...


Sejak semalam aku dah dikejutkan dengan berita kematian dan tragisnya pemergian
arwah adik Qistina..
bukan soal penderaan dan kematian itu sahaja yang buat aku terkejut..
tetapi soal siapa yang disyaki melakukannya..
aku mengenali beliau ( bapa Qistina ) sejak zaman persekolahan lagi..

sesungguhnya aku sangat terkilan dan sedih dengan apa yang terjadi..
Pizan dulu seorang yang kelakar dan ramah tak sangka plak aku kalau dia yang melakukannya..
tapi entahlah biarlah undang2 yang menentukannya..
buat Aquilla kak noie doakan adik sabar dan tabah menghadapi ujian Tuhan ni yer..
Tuhan ternyata lebih menyayangi arwah..

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
semoga arwah adik Qistina sentiasa di cucuri rahmat dari Allah..
Amin...



Monday, October 18, 2010

:. Rahsia Zaman Sekolah Si Noie ( Part 1 ) .:

Edit Posted by with 2 comments



cewah tajuk tu... tak tahan melihatnyer...
tapi ni le nak buat pengakuan benar ni....
rahsia zaman sekolah dulu-dulu..
rahsia yang tak ade orang tau hehehehehe..
apepun ianya telah jadi kenangan...
"

"


"


" ni nak citer ler masa zaman sekolah menengah dulu ni...
form berapa x leh le bagi tahu kat sini...
karang kantoie le plak...

ermm nak dijadikan citer..
ade lah aku ni admire pada seseorang tu..
aku memang suka le cara dia..

dia ni suka wat lawak..
pas tu baik je orangnyer..
dia ni x ler nakal..
x le baik sangat pun...
dari akademik pun dia biase2 je orangnya..
tapi ntah cam ne ea..
aku memang minat kat dia..
tapi aku minat dalam diam je le...
tak kan nak bagi tahu kot..
jatuh le keegoan aku kekekeke...
depan dia aku wat cam biase je...
wat2 le ganas je depan dia..
wal hal hati ni tuhan je yang tahu..



"


"


"

last2.. aku dapat tahu ade plak kawan aku yang lain ni minat jugak kat dia...
bezanya member aku ni dia berani meluahkan perasaannya...
tapi aku tak pasti le lelaki tu terima ke tak..
apepun aku hanya diamkan diri sampai habis sekolah..
sekarang ni tak tahu le apa citer ngan dier..
apepun aku doakan dia bahagia sekarang...
tak leh citer lebih2... lagipun aku pun dah bahagia sekarang ni...
dengan hubby aku yang comel lote ni...
kekekekeke...
apepun sweet memory betui masa sekolah dulu..
adiosss!!

Monday, July 12, 2010

:. Tenggarohku Sayang .:

Edit Posted by with 1 comment

Keindahan alam di kampung sendiri..
sempat le petang tadi waktu balik keje aku ngan my hubby..
detink sat tepi jalan nak masuk kampung..
petik beberapa keping gambar..
Cantik juga pemandangan Tenggaroh 6 pada waktu senja kan..



tanteknyerr!

di sinilah aku dibesarkan sejak berusia 5 tahun..


senja di Tenggaroh!!

Monday, July 5, 2010

:. Tenggaroh Di Pagi Hari .:

Edit Posted by with 2 comments

Gambar ni aku ambil sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja..
setiap hari memakan masa lebih kurang 1 jam ke tempat kerja aku..
huhuhuhu jauh kan??
ape nak buat demi family tercinta..


dah x de lagi kelapa sawit..
habis dah kena tebang hehehehehe...



sebuah jambatan di sedili..
cantik.... macam naik jambatan pulau pinang le plak



tengok le pemandangan dia..
cantik kan??

Saturday, June 19, 2010

:. Kanak2 Seusia 3 Tahun Fasih Mencarut .:

Edit Posted by with 3 comments
bodoh!!
babi!!
sial!!
puk*mak!!
dah jadi sebutan harian dengan kanak2 ni
"

"
"

"

"
Sedey ade geram pun ade bila aku memikirkan seorang anak kenalan aku ni..
Memang le bagus bila melihat dia petah bercakap..
ape saja yang kita tanyakan pada dia dengan pantas dia menjawab..
pelat pun tidak..
tapi apa yang menyedihkan aku bila dia mencarut!!!


"

"

"

"

"

"
mencarut yang bukan2 plak tu..
bodoh!!
babi!!
sial!!
pukimak!!
semua di sebutnyer..
nenek daan atuknya pun boleh dipanggilnyer bodoh..
aduhai yang si nenek dan atuk ni plak hanya ketawa sajer..
seolah bangga plak dengan carut cucunye tu..
bila anak2 ku bermain dengan budak tu timbul gak perasaan risau..
bukan ape.. risau kalau si akim dan iman pun akan belajar menyebut benda2 macam tu...

Wednesday, June 9, 2010

:. Selamat Pengantin Baru Mas & Rizal .:

Edit Posted by with 1 comment

Felda Tenggaroh 6 : Majlis Pernikahan Masdiana dan Rizal..


Alhamdulillah akhirnya sorang lagi sahabat aku telah selamat
mengakhiri zaman bujangnyer..
Mas dan pasangannya Rizal selamat di ijab kabulkan
wahh.. seronok aku dapat tahu dia org dh nikah..
walaupun sebenarnya aku sedey gak sebab tak dapat tengok..
almaklum le aku dalam pantang lagi..
tapi x per..


"
"
"
"
insya allah 12hb jun ni aku hadir di majlis persandingan mereka
Untuk pengetahuan korang Rizal ni orang Felda Air Tawar 5
x ler jauh sgt dengan tenggaroh 6 hehehe
ape pun aku doakan mas dan rizal kekal ke anak cucu
n jangan lupa cepat2 dapatkan anak..
hehehehe






Monday, June 7, 2010

:. Kawen.. kawen.. kawen.. .:

Edit Posted by with 3 comments
banyaknyer jemputan kahwen bulan ni..
poning pala den..
mana satu yang nak di dulukan
kalau dekat2 x pelah jugak
ade yang sedara kawen
ade plak kawen baek aku kawen
huhuhuhu
mana satu nak pi ni?

Tuesday, May 18, 2010

:. TENGGAROH 6 : Kawan Lama Maut Dalam Kemalangan .:

Edit Posted by with 4 comments
Tenggaroh 6 : Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita yang seorang kawan sekolah aku dulu telah ditimpa kemalangan dan telah meninggal dunia.
Beliau ialah Hairul Rizan Bin Hamid yang tinggal sekampung ngan aku di Felda Tenggaroh 6 ni..
sebenarnya dah lama aku tak jumpa dia..
ade jugaklah dulu terserempak dengan dia beberapa kali..
last aku ingat dia masa tu dia ngan mak dia bawak anak sedara dia datang rumah aku berurut dengan arwah nenek.. pas tu aku tak jumpa dia lagi...
punca kemalangan aku tak berapa nak pasti.. tapi menurut adik aku yang pergi menziarah di hospital Kulai dimana jenazahnya di bawa, beliau menunggang motosikal, dan apabila di jumpai di Kempas beliau telah pun meninggal dunia dan kemudian mayatnya di bawa ke Hospital temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulaijaya..
dan sekarang kaum keluarga dan jiran tetangga masih menunggu jenazah di bawa pulang ke tenggaroh 6.. untuk disemadikan di sini..
Marilah kita sama-sama sedekahkah al Fatihah kepada roh beliau agar rohnya di tempatkan di samping orang2 yang beriman... aminnn...

Thursday, May 13, 2010

:. Gambar Kenangan Zaman Sekolah Dulu .;

Edit Posted by with 3 comments

aku baru jer terjaga dalam setengah jam yang lalu...
tu pun sebab Eisya nak menyusu..
pas bagi Eisya susu mata aku plak x dapat tido..
sekali terpandang gambar2 lama masa form 6 dulu..
gambar ni pun aku dapat dari fb member aku..
huhuhu tersenyum sendiri bila melihat gelagat aku dan kawan2 masa sekolah dulu..
waktu tu aku memang terkenal dengan kenakalannya..
nakal yang amat hehehehhe
teringat kat nama gelaran aku masa sekolah dulu 'PEQNA'
hehehe ngan kawan2 aku apaie,fish,barchik,edy,dino wah then ramai lagi...
kalaulah waktu itu dapat diputarka semula huhuhuhu
miss u all le my all frenz..


Friday, April 16, 2010

:. Pecah Rumah Guna Ilmu Pukau Di Tenggaroh? .:

Edit Posted by with 6 comments


Baru je tadi aku tengok drama bersiri Gerak Khas di Tv 2 tentang penggunaan ilmu pukau tuk pecah rumah... tetiba aku teringat kejadian yang semakin hangat di kawasan tempat tinggal aku..
kadang2 seram jugak sebab berlaku berdekatan jew dengan kawasan rumah aku...
Aku tinggal di felda... Felda Tenggaroh 6 ... mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga yang baru pertama kali mendengarnyer..
Gugusan Tenggaroh ni mukan kecik... macam2 Tenggaroh ade kat sini...
tenggaroh 1 hingga 6... tu x campur Tenggaroh Timurnya lagi...
tapi hari ni aku bukan nak citer pasal Tenggaroh... aku nak citer pasal kes pecah rumah yang
semakin hangat sekarang ni..
satu malam dia org ni boleh masuk sampai 3 buah rumah..
dengar citer jugak yang mereka ni gunakan ilmu pukau..
ermmm bahayakan... kes yang terbaru ni berlaku dekat je ngan rumah aku..
cian family tu.. siap kena ikat lagi... habis barang2 berharga di rampas..
ada yang kata perompak tu warga Indonesia... dan ade gak yang kata campur jugak dengan orang Melayu kita... entahlah...
Tapi kalu ilmu pukau ni betullah di gunakan... susah le kita..
aku pun wisau jugak tinggal kat rumah ni... bukan ape.. dalam rumah ni ade anak dara..
kalau mereka setakat ambik harta benda je x pelah... kalau adik2 aku di usiknyer.. naya jew..
dah le aku tengah terboyot2 je ni..
asyik sakit2 jew... harap2 jauhkan le yer...
harit u aku pi klinik... aku dgr citer kat tenggaroh 2 pun dah kena jugak..
satu malam 3 rumah dia sapu..
takutnyer... aku harap pihak berkuasa akan cepat ambik tindakan... jangan jadi makin tewok..