Showing posts with label banjir kota tinggi. Show all posts
Showing posts with label banjir kota tinggi. Show all posts

Friday, December 2, 2011

:. Banjir Di Johor .:

Edit Posted by with 1 comment
Hujan dah mula turun tak henti2..
walaupun bukan le hujan lebat.. tapi kalau betul le hujan ni akan berterusan, silap2 banjir le lagi Bandar Kota Tinggi ni..
Harap-harap tidak ler..
dah le opis kita org betul2 depan sungai kota tu haaaa..
pasrah jelah..
x larat nak fikir macam mana hari tu time banjir kami semua singsing kain meredah banjir pergi opis.. aduhai... x larat hehehe

apepun jom tgk petikan dari laporan Bernama di bawah..


KUALA LUMPUR: Hujan berterusan yang dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan yang terlibat di Pahang ialah daerah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, kawasan pantai Pahang, Johor timur, Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami kenaikan paras air laut ekoran angin kencang dan ombak kuat sehingga Ahad ini.

Kenyataan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Pahang, Johor timur, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-layang di mana keadaan dijangka berterusan sehingga 13 Dis.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 4.5 meter dijangka berterusan sehingga 13 Dis di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan beberapa kawasan di Sabah seperti di kawasan pedalaman, Pantai Barat dan Kudat di samping Samui dan Palawan.

Menurut kenyataan itu lagi keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

Monday, January 31, 2011

:. Banjir Kota Tinggi Banjir Ofis Kami .:

Edit Posted by with 11 comments


air kat sungai kota dah mulai naik nampaknyer..


tengok tu.. dah nak cecah jambatan dah tu..


pandangan awal pagi dari depan opis kami..


hamboie cik zarif..
tak toleh belakang lagi dah huhuhuhu..



kaki melangkah meredah banjir...


amboie.. sampai aty tak tumpangkan saya yer..
hehehehhe


langkah berjaga2 dah ni

hujan pun tak henti2 nampaknyer..


sempat pose lagi tu hehehhe

alahai kesiannyer


semua staff dah berkumpul kt opis masa ni


sampai muncung mulut tu haa..
rajin leman ngan abg yazid ni kekeke..


opis kami yang sendat dan padat heheheh