Monday, January 9, 2012

:. Anwar Dibebaskan .:

Edit Posted by with No comments


Mahkamah bebaskan Anwar...



tapi isu itu tak akan habis di situ..



apa komen anda?



macam2 komen sis tgk kat fb..



ermm..



bagi sis..



tunggu dan lihat ajelah kesudahannya..






di bawah adalah petikan dari Berita Harian Online tentang pembebasan Anwar..















Mahkamah bebaskan Anwar






2012/01/09KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar






0 comments: