Friday, December 3, 2010

:. Maafkan aku yer! .:

Edit Posted by with No comments
Salam kemaafan buat semua kawan-kawan..
bz nyer aku ni ngan keje sampaikan dah lama sangat tak melayan blog aku..
kalau singgah pun hanya sekejap2 jer..
cian adik zila tu.. akak lum hantar hadiah yang lepas..
ni plak contest yang terbaru ni lum sempat nak update..
teruknyer aku ni kan..
( sambil menghantuk2 kan pala ku di dinding )

maafkan aku yer korang..
insya allah...
tak lama lagi program dah semakin habis..
haaa!!..
masa tu lah aku akan free sikit..

tq pada korang yang still singgah kat blog aku walaupun aku x update blog ni..
ermm..
bukak2 jer blog hari ni..terkejut tengok uncleseekers pun singgah komen kat entry aku..
hehehhe tak sangka ea... dia sudi singgah di blog aku ni hahhahaha
( sambil tersenyum malu2 )

Wednesday, December 1, 2010

:. Talam Dua Muka .:

Edit Posted by with No comments

Pernah jumpa orang talam dua muka?
ermm..
depan kita pijak semut tak mati..
tapi belakang kita..
mak oi!!!
seram aku..

macam nak tumbuk je muka orang-orang jenis ni..
tapi x per..
kita senyum jer..
berdoa pada Tuhan semoga tuhan bukakan pintu taubat untuk dia..
amin...

Monday, November 29, 2010

:. Pantun Bong*k Lepas Geram .:

Edit Posted by with 2 comments

Jalan kampung bengkang bengkok,
Sambil jalan men gentel-gentel,
Muka seposen ala-ala mangkuk,
Ada hati pulak perasan model.


Jalan-jalan pi menggatal,
Lepas berjalan kena gatal-gatal,
Dulu kawan sama sebantal,
Dah besor wat2 tak kenal,


Malam-malam pergi berperang,
Pergi berperang dalam sarang,
Hebat sangatkah kamu tu sekarang?
Sampai aku pun x sudi dipandang?

Hari-hari makan pucuk paku,
Sambil makan geget eko,
Tak kisah le kalau ko dah x kenal aku,
Sebab aku pun bukan makan duit ko,


Thursday, November 25, 2010

:. Hujan Terus Di Kota Tinggi .:

Edit Posted by with 2 comments
Dari petang tadi asyik hujan je di Kota Tinggi..
seramnyer aku tengok cuaca mendung yang gelap petang tadi tu..
adoii!! teringat zaman Kota Tinggi dilanda banjir..
dah le opis aku ni berdepan dengan sungai Kota..
alahaii..
ni kalau air naik...
memang kami le yang mengadap dulu..
lupa plak petang tadi aku nak ambik gambar sungai depan opis aku tu..
kalau tak..
boleh le share2 ngan korang..
tak per2..
insya allah..
esok karang kalau aku tak lupa...
aku ambik gambar yer...



:. Banyaknyer!!!! .:

Edit Posted by with No comments

Arghhh!!!
manyaknyer....
manyak keje !!!!
windu kat blog...!!!!


korang... walaupun aku jarang dah update blog aku..
korang jangan le x singgah menjenguk yer...
nanti aku siap wat keje.. aku update!!
huhuhuhu!!

:. Mabuk Fesyen Senget .:

Edit Posted by with 1 comment

Tadi petang ronda-ronda bandar sat dengan my hubby..
terserempak dengan sekumpulan remaja..
yang kalau sekali kita pandang macam dari planet lain...

adoie..
ntah fesyen ape yang ditirunya..
nak kata japanese style tidak..
nak kata punk style..
pun tidak...

nasib baek aku tak bawak kamera..
kalau tak leh aku snap 2 ke 3 gambar diaorg..
(yg kat atas tu.. ehsan dari google)


aku tak tahu ler..
ape motif dan faedah dia org buat mcm tu..
pelik tapi benar..
dari gaya dia org tu macam remaja lagi..
ermm.. mak ayah dia org macam mana tu ea?
dia org izinkan mereka berfesyen macam tu..
atau mereka tak tahu yang anak mereka wat mcm tu..
yer lah kan..
mana tahu depan mak ayah sopan jer..




Wednesday, November 24, 2010

:. Benarkah??? .:

Edit Posted by with No comments
ini yang aku dapat dari fb kejao tadi..
hahahahahhaa..
ade yang ok...
ade yg x ok hahhahahha
benarkah??

Anda atau wanita pujaan Anda dilahirkan pada tanggal 7.
Orang yang dilahirkan pada tanggal ini memiliki ciri dan watak sebagai berikut:

:. Kisah Atas Katil .:

Edit Posted by with 1 comment

Erm..
dah terjaga susah le nak tido balik..
apalah nak dibuat..
sedapnyer tgk hubby tidor sambil dia mengalunkan irama dengkurnyer..
macam nak cepit je hidung dia ngan penyepit baju..
Bising!!!!

adoie..
ni le kalau hubby aku dah berdengkur..
memang susah aku nak tido...
waaaaaaa!!!!!!
nasib!!!!!!!!!1

Monday, November 22, 2010

:. Header Baru .:

Edit Posted by with 3 comments
Wahh..
godeh punya godeh..
siapdah header baru tuk blog aku..
amacam.?
simple jer..
nak cari gambar comel2 lagi tapi tulah..
line macam sipot..


wahh.. ade member tadi kata kat fb nak tempah suh watkan header...
alamak malunyer...
kekekkeke..
buat suka-suka je ni...
meh.. meh,.. bagi gambar saya tolong wat kan...
hehhehe

:. Cinta Syhh Part 1 .:

Edit Posted by with 3 comments


Tidak mengira masa, aku selalu teringatkan dia. Nak mandi, makan, minum, walhal nak membuang pun aku akan teringatkan dia. Dimana-mana pun mata aku selalu terpandang dia. Kalau di perhimpunan sekolah tu walaupun hampir seribu pelajar yang beratur di tengah dataran tu aku tetap akan terpandang dia. Boleh dikatakan dia sentiasa ada di mataku secara realiti atau bayangan sahaja.

Elly : Dira.. tu kau nampak tak secret admire ko kat tangga tu... cepat.. cepat sini tengok!

Aku : Mana?... mana?...

( mata aku sepantas kilat terpandang seorang pelajar lelaki berpakaian pengawasyang sedang rancak berborak dengan beberapa pelajar perempuan di tangga)

Elly : Wahh.. banyaknyer awek keliling dia Dira... ko kena cepat luahkan perasaan ko ni..kalau tak ko mesti melepas punyalah...

Aku : Aduii... ko ni kan Elly.. aku ni perempuan ler.. tak kan aku nak buat muka dua posen luahkan perasaan aku, entah dia pandang aku ke tak..

( jauh di sudut hati aku terbuku perasaan cemburu bila melihat dia lelaki pujaan akubermesra dengan perempuan lain )

Ala.. tapi aku tau, dia bukan pandang aku pun. Sape tak kenal dia

'Imran Sharky'

Tapi sapelah aku nak berdamping dengan dia kan..

Akim : Hai sayang!!.. apa yang ko pandang tu..

( siot tul dak Akim ni... terkejutkan aku dari belakang)

Aku : sibuk ar ko Akim.. jangan kacau boleh tak?

Akim : Ko pandang budak Imran tu kan..? eleh bukan aku tak tahu pun...

( adoi.. budak Akim ni kalau tak mengacau aku dalam sehari tak lengkap agaknya hidup dia )

Aku : Kalau aku tengok dia pun ko susah ape ea?

(adei.. sakitnya hati aku dengan mamat ni.. macam nak cekik-cekik

buat tempe jer)

Akim : Ko ingat dia suka ke kat ko... tu le ko ni.. aku ni yang syok kat ko, ko tak layan.. konak gak mamat control macho tu... ish.. ish..

Aku ; Eeeeeeee... main-main plak ko ni ea..

( pantas saje tangan aku menarik telinga dia.. tu ler... jahat sangat )

Akim : adoiiii!!!!! sakit arrrr.....

Begitulah aku dengan hidupku seharian, Akim jadi teman gaduhku.

Imran jadi impianku. Wajah Imran tak pernah hilang dari pandanganku. Walau pun dia seperti tak pernah merasai kewujudanku. Tapi aku tetap memujanya dalam hatiku, sehinggalah di satu hari.

Elly : Seyes ke kau Dira nak luahkan perasaan ni?Aku macam tak cayalah..

Aku :Adoi.. seyeslah... tak nak da simpan2 lagi.. boleh jadi gila aku nanti...

Lagipun aku dah suh kawan dia bagi msj nota tadi kat dia tadi.. bagi tau

Aku nak jumpa dia kat library kul 1 ni...

Elly : Aku bukan ape Dira.. aku takut cinta kau ditolak jer.. nanti kau jugak yang merana...

Aku : Tak apelah Elly.. aku kena terima jugak..lambat ke cepat ke... aku tetap kena terima... tul tak?

Elly : Suka hati kaulah Dira oii... aku doakan kau berjaya.......

Tepat kul 1 ptg aku melangkah ke library..

Pelajar-pelajar lain kemungkinan sudah ada yang pulang..

Namun kelihatan ada jugak segelintir pelajar yang masih mengulangkaji pelajaran.

Mataku mencari-cari kelibat Imran..

Tiba-tiba aku terpandang Imran duduk di satu sudut sambil tersenyum padaku dari jauh... Alamak!!.. betul dia datanglah... berdegup laju jantungku...

Aku berjalan ke arahnya sambil cuba mengawal perasaan gugupku...

Aku :Maaf lama ke tunggu?

Imran :Tak jugak... duduklah..

Aku : Sorry le sebab mintak awak datang jumpa saya di sini...

Imran : Tak apa... ada apa-apa boleh saya bantu?..

Aku ; Erk....

( adeii macam mana nak cakap ni.. lidah dah kelu tetiba ni... tak pe... Dira kau kena kuatkan semangat k.. cuba!.cuba!... tetapi tiba-tiba telefon Imran berbunyi... mak oi!! Dalam library pun bawak fon ke? )

Imran : Sekejap ea... sekejap..

Aku : Ok.. ok... sila2...

( adoi.. kacau betullah.. aku baru nak melafazkan ni..)

Imran : Hello sayang.... yer.. sorry Im lambat skit ni.. jumpa kawan kat library.. ok2 kejap lagi Im datang.. sayang tunggu yer...

( alamak... sayang???!!! Adeiii... hancur hatiku!!!... mamat ni dah ade kekasih hati le ni.. waaaaaaaaaa!!!! )

Imran : Sorry.. sorry... gelfren telefon plak... hehehehe ok kita sambung balik.. ade apa-apa saya boleh tolong awak?

Aku : Erk... tadi ada.. tapi sekarang saya rasa tak payah kot.. erkk.. maaf yer.. saya mintak diri dulu

Cepat-cepat aku lari meninggalkan Imran terpinga-pinga.. aku terus masuk dalam kelas yang dah kosong sebab semua pelajarnya dah balik.. Cuma aku je yang buat kerja bodoh kat sekolah ni.. aku menangis sepuasnya..

Cinta pertamaku di tolak..

Waaaaaa!!!!!

Tiba-tiba satu tangan memegang bahuku..

Aku mendongak..

Dan Akim berdiri di depanku..

Dekat dan hangat..

Akim : Bodoh... dah jangan nangis... kan aku dah kata... dia bukan untuk kau..

Ambik tisu ni.. lap air mata ko tu..

Aku : Akim....

( hanya itu yang mampu ku katakan.. aku menangis dibahunya...)

Akim : Tulah... aku suka kat ko sayang kat ko dari dulu lagi.. tapi kau tak nak.. kau nak jugak lelaki jiwang tu...

Aku : Jangan le main-main aku tengah sedih ni...

Akim : Tak.. Demi Allah aku tak main-main.. aku memang sukakan kau Dira dari dulu lagi..

Aku : Erk.. akim..

Akim : Tak pe.. kalau kau tak terima aku... aku faham.. cinta tak boleh dipaksa.. tak dapat jadi kekasih kau.. dapat jadi kawan pun aku dah bersyukur...

Aku : Maafkan aku Akim... aku ingat selama ni kau main-main jer..

Akim : Dah.. jangan nangis lagi... aku tak suka tengok kau sedih.. sedih.. kalau boleh aku nak jaga kau.. aku nak kau happy sepanjang masa..

Aku : Betul kau nak jaga aku?.. tak nak buat aku nangis?..

Akim : Yup.. kalau kau izinkan..

Aku : Mulai saat ni kau jaga aku boleh?..

Akim : Aku janji.. aku akan jaga kau selagi ada nyawaku di badan..

Kami berdua tersenyum..

Terima kasih Tuhan..

Cinta yang terluka hari ini telah mendapat penawar yang lebih berharga..

Cinta Syhh aku dah bertukar..



bersambung ke Part 2...

p/s; cerita ni hanya rekaan aku semata-mata tak ade kena mengena dengan yang hidup atau mati... :-)


:. Selalu Dihati .:

Edit Posted by with No comments

Dalam gambar kat atas ni semua insan-insan yang aku sayang..
tapi tak le bermakna yang tak ada dalam gambar tu aku sayang...
cuma ni saje jer.. test.. test tadi..
buang-buang masa sebab line slow macam sipot bab*
layanxzzzzzz........

Sunday, November 21, 2010

:. Isu Uncleseekers VS Mantan Permaisuri Siti Aishah .:

Edit Posted by with 3 comments

Sebenarnya isu mengenai Uncleseekers dengan Mantan Permaisuri Agung Siti Aishah sudah hangat sejak beberapa hari yang lalu..
cuma aku je yang baru tergerak nak wat entry pasal ni hari ni...
bukan kerna aku tak mengikuti perkembangannya..
tapi saja je nak tunggu suam-suam kuku sedikit..
walhal aku rajin gak bukak blog Uncleseekers ni..
walaupun aku belum tergerak lagi nak menjadi follower nyer...

susah nak komen tentang isi kandungan blog tu..
bukan apa.. takut tersalah cakap nanti ada plak pihak-pihak yang terasa..
tapi aku melihat ketengangan Uncleseekers dan Dato' Sri ( ayah Siti Aishah)
menjadikan Mantan Permaisuri Agung Siti Aishah sebagai mangsa di tengah-tengah..

entah bagaimanalah keadaan perasaan mantan permaisuri itu sekarang..
apa pun sebagai pembaca dan penonton kisah drama realiti mereka..
lebih baik kita semua doakan yang kes-kes seperti ini akan diselesaikan dengan cara yang baik..
takut plak nanti kalau timbul tragedi2 buruk selepas ini..
harap2 tidak lah..

kalau korang nak try baca isi hati si Uncleseekers ni leh ler terjah kat -----> SINI

:. Cenderahati Buat Tan Sri .:

Edit Posted by with 1 comment

tak sangka kau di beri peluang untuk buat gubahan untuk cenderahati buat
Tan Sri..
tak tahu le ok ke tak....

harap2 Tan Sri akan sukalah kan...
huhuhuhu aku cuma cuba2 jer...



Saturday, November 20, 2010

:. Majlis Pernikahan Elyana .:

Edit Posted by with 2 comments

Memang aku tunggu-tunggu nak tengok gambar elyana nikah..
wow.. cantiknyer dier dengan kebaya biru tu..
tahniah buat Elyana dan pasangannya yer!


Elyana dan Kahirul Anuar Husin
selamat di ijabkabulkan
oleh ayah Elyana sendiri..
mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000

semoga kekal ke anak cucu yer..
amin...