Friday, January 7, 2011

:. Virus Fonsex Melanda .;

Edit Posted by with 4 comments

Sebenarnya isu Fonsex ni bukan perkara baru..
benda ni dah lama berlaku..
cuma mungkin ramai yang tak sedar jer..
sebab yang melakukannya tidak dalam terang-terangan..

apa itu FONSEX?
atau menggunaka telefon untuk melampiaskan nafsu sex??
ermm.. bagi yang dah tahu tu..
tak payah le aku perjelaskan..
bagi yang tahu tu..
better x payah tahu..
cuma bila aku baca di forum2 seram sejuk rasanya..
bukan golongan dewasa sahaja yang melakukannya...
malahan dari golongan awal remaja jugak..
ini lah yang kita takutkan..

ermm..
puas sangat ke??
dengan lakukan fonsex ni??
entah le ea..
manusia ni laen2 kehendaknya..
apapun untuk kita yang punya anak-anak atau adik2 ni kenalah selalu perhatikan mereka..
takut terjebak dengan benda2 tak senonoh macam ni..

Thursday, January 6, 2011

:. Keputusan Final Kontest Gambar Paling Lucu .:

Edit Posted by with 4 comments

Ok hari ni aku nak umumkan
keputusan bagi kontest gambar paling lucu..
setelah dibuat kiraan undian anda
noie telah temukan pemenangnyer


"



"



"







ni ler..
siap aku print tu..
semua comment undian tu..





so pemenangnyer ialah

"



"


"



"
TATOD gambar No 2

leh terjah entry dia kat sini


untuk cik tatod sila hubungi saya untuk penghantaran hadiah k!!

tunggu kontest selanjutnya selepas ini

adiosss!!!!

Wednesday, January 5, 2011

:. Daphne Iking Dan Kisahnya .:

Edit Posted by with 6 comments
DAPHNE IKING VS RYANN VS DARREN


Isu kes anak Pengacara dan pelakon terkenal yang cantik molek Daphne Iking yang dikatakan berlaku curang dengan suaminya rasanya korang semua dah tahu..
cuma nak citer kat sini yang Daphne Iking akan mengacarakan satu rancangan bual bicara
di ntv7 bertajuk BELLA ...

Berita mengenai Isobel anak perempuan Daphne yang disahkan tidak memiliki DNA suaminya iaitu Ryann amat mengejutkan kita semua..
dan Ryann dah pun memfailkan saman kepada Darren teman lelaki Daphne tu ...
ermm kes curang le ni kan..
habis kantoi...

yang terkejutnya Ryann siap ade bukti email2 cinta dan perbualan Daphne dan Darren ..
Rasa-rasanya anak si Daphne ni dah besar jugak kan..
ermm berapa lamalah tu agaknya si suami di tipu..
tak pe lah..
pengajaran untuk kita semua ni k...






yang si suami pulak..
tetiba buat pengakuan yang dia juga ada membuat hubungan sulit dengan
seorang GRO warga China ..
wahh!! curang sama curang le ni..
ape2 je lah.. naseb bek dia orang ni bukan Islam..


Tuesday, January 4, 2011

:. Hari Pertama Iman : Aku Plak Main Tarik Tali Dgn Cikgu .:

Edit Posted by with 5 comments


Kalau semalam aku citer pasal Akim..
ok hari ni aku nak citer pasal anak kedua aku.. Iman..
Hari ni hari pertama Iman di hantar ke Taska..
Mak Oii!
berbeza dengan akim yang steady semalam..
Iman ni mengamuk habis..
Habis plak aku maen tarik tali dengan cikgu tu..






Ni wajah Iman masa kat depan taska tu..
may be dia tengah fikir..
nak masuk ke tak nak ea!!
kekekeke..




still tunjuk peace hehehehe
kekeke..
padahal hati dah
dag.. dig.. dug..



wahh..
ni dah masuk dalam Taska...
sibuk dia keluarkan barang-barang dalam beg dia tu..
hahahahaha..



Haaa!!!
inilah dia insiden yang tak sepatutnya kita lihat...
siap men tarik-tarik tu..
aku tak dapat snap banyak-banyak..
hahaha
sebab masa ni aku dah lari..
lari.. lari .. lari...

:. Undian Untuk Top 5 Kontest Gambar Paling Lucu Akan Ditutup Esok .:

Edit Posted by with No comments

Amboie!! panjangnya tajuk..
ok saje nak inform.. undian untuk
Kontest Gambar Paling Lucu
akan di tutup esok
pada jam 12.00 malam..
bersamaan tarikh 5hb Januari 2011

so sape yang nak undi sila undi dulu pastu dah tak leh dah..
selepas tarikh tutup pengiraan akan dibuat yer..

sekian terima kasih..
majulah sukan tuk negara!!
kekekeke..


nak undi leh ke link di bawah yer

Monday, January 3, 2011

:. Hari Pertama Anakku Atau Suamiku? .:

Edit Posted by with 5 comments
Ehem.. ehem!!
haaa.. jangan heran plak bila tajuk entry ni..
sebagaimana yang kita tahu..
3.1.2011
hari ni merupakan hari pertama persekolahan di buka..
tak terkecuali anakku yang sulung lerr..
hari Pertama melangkah ke Darjah 1 ..
dia memang suka giler..
dari malam tadi dah duk try kasut.. beg sekolah baru dia..
tapi ade orang yang lebih neves dari dia..
aku ke??
tu le mula2 aku ingatkan aku ler..
rupanya.. suami aku lagi teruk nebesnya dari aku kekekeke..
meh kiter tgk gelagat ayah dan anak di hari pertamanya..



haaa.. akibat datang lambat kena le duk luar barisan dulu..
tengok le si adik pun sibuk jugak nak ke sekolah..


Ini ler gaya si Akim ke sekolah..
siap posing dengan beg baru lagi tu..
semangat giler ni..
harap2 berterusanlah yer..




Yang ni plak si ayah..
yang lebih nebes dari anaknyer sendiri..
dah macam tukang kaki intai rumah dah..
hahahaha!!.


yang ni agak tak puas hati le tu kot..
sebab tak dapat masuk lama..
haaa.. tu yang duk menonggeng kat tingkap tu..
ayah.. oh ayah nyer..



Si ayah masih lagi dengan muka tegangnyer..
agaknyer berapalah kelajuan denyutan jantungnya saat ni
si adik plak pun duk sibuk nak belajar gak kat luar tu..
siap bukak buku lagi tu..



Tengok ler... Akim relax jer..
mana ade takut-takut..
ayah je yang takut lebih dari Akim tau..



alahai tengok si ayah ni..
masih nak kuar masuk lagi dalam kelas Akim..
Ayah.. ayah.. ni hai pertama ayah ke akim ni??
kui.. kui..


apepun Akim pulang dari sekolah dengan happy nyer..
esok giliran si adik plak nak di hantar ke Taska..
tenok le gelagat dia nanti..
mesti huru hara kekekeke

Sunday, January 2, 2011

:. Maaf Aku Tak Dapat Follow Kamu .:

Edit Posted by with 9 comments
1stly nak mintak maaf banyak-banyak
dari hujung rambut sampai hujung kaki..
sebab tak dapat nak follow pada kawan-kawan yang baru je follow aku tu..
bukan ape.. cukup kuota dah nampaknyer..
tak boleh nak follow lagi..
tapi walau ape pun..
aku harap siapa yang aku dah follow dan aku tak follow balik atau baru nak follow aku..
leh tinggalkan link kat bawah ni..
sebab aku akan masukkan korang dalam bloglist aku..
tolong ye korang..
supaya senang nanti aku nak terjah korang kalau korang ade update blog..
segala kesulitan amat aku kesali..
sekian terima kasih!

:. Sape Nak Letak Link Free Kat Blog Aku .:

Edit Posted by with 9 comments


Adoi!!
ni le akibat gatal tangan..
aku dah terdelete tanpa sengaja senarai blog list kat blog aku..
habis semua..
waaa!!
oleh itu.. aku nak offer..
sape nak tukar link dengan aku..
atau dia dah memang letak link blog aku kat blog dia..
sila bagi tahu aku!!
segera!!
aku tak nak blog list aku kosong!!
waaa!!!
sape yang letak blog blog aku dlm blog dia sila bagi tahu k..
blog aku ni tak le best sangat..


dan ini adalah ranking aku yang terbaru...
huhuhu tak le best sangat macam blog korang..
tapi harap2 ade le yang sudi yer..
kalau sudi tinggalkan link anda kat bawah ni..
then bila noie terjah my blog in ur list..
noie pun dengan senang hati akan buat begitu!!
layanzzz...



:. Tentang Asteroid .:

Edit Posted by with 1 comment

Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.


Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.

Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.


Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.

Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.

Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.

Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet


Peter Jenniskens dari SETI Institut, California, yang menjadi penulis laporan pertama keberadaan asteroid tersebut kemudian melakukan perjalanan ke Sudan untuk melacaknya. Penelusuran yang menyeluruh akhirnya berhasil menemukan 47 pecahan untuk dianalisis.

"Asteroid ini terbuat dari material yang mudah pecah sehingga ia pecah pada ketinggian 37 kilometer sebelum berangsur-angsur jatuh perlahan," ujar Jenniskens. Menurutnya, jenis asteroid ini sangat langka dan jarang ditemukan.

Material penyusunnya disebut ureilite. Hasil perbandingan data menunjukkan asteroid 2008 TC3 tersebut termasuk muda dan baru mengarungi beberapa juta tahun di sekitar pusat tata surya.

Analisis terhadap pecahan-pecahan astroid tersebut akan memberikan banyak informasi untuk mengungkap proses pembentukan di ruang angkasa. Selain itu, para ilmuwan juga berharap dapat mempelajari lebih lanjut hubungannya dengan rute perjalanan asteroid agar dapat menyiapkan cara mengatasi asteroid lebih besar yang mungkin mengancam Bumi.


:. Gambar Siti Nurhaliza Dulu Dan Sekarang .:

Edit Posted by with 1 comment



Huhuhuhu nape plak aku ni tetiba citer pasal Siti ni..
eh.. eh.. aku nyer suka le..
kan ni blog aku..
kekekeke.














dia ni tetap ayu..
walau meningkat usia kan..
love it!!

Saturday, January 1, 2011

:. Download Filem Ngangkung .:

Edit Posted by with No comments

Dengar citer filem Ngangkung paling hangat di pasaran sekarang..
tapi tak berkesempatan lagi nak tengok.. almaklum ler my hubby ni payah skit nak ajak pi pawagam..
"


"

"

"
kalau ikutkan hati nak je pi sorang-sorang tapi apa kan daya..
kalau le dapat downdload filen Ngangkung ni dalam tenet bagus gak kekeke...
amboie aku ni.. dah macam lanun cetak rompak le plak...

"

"

"

tak pe lah aku tenok kat you tube je lag nampak gayanyer..







:. Berita Faizal Yusof Meninggal Dunia .:

Edit Posted by with No comments





Al- Fatihah kita sedekahkan kepada
arwah Faizal Yusof yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi..
kematian beliau di katakan kerana serangan jantung..
aku rasa korang kenal dia ni kan..
bekas suami Siti Nordiana..
beliau meninggalkan seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Siti Nordiana..
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di
Pusat Rawatan Islam ( Pusrawi )...
mesti ramai yang masih ingatkan watak yang beliau pegang dalam citer Adammaya..
meh kita sama-sama sedekahkan alfatihah kepada roh beliau..
semoga dicucuri Allah..


:. Macam-Macam Kandang Tokek .:

Edit Posted by with 1 comment

Tadi aku search kat google
citer pasal TOKEK ..
maklum le..
kebelakangan gara-gara tokek le..
blog aku ni ramai pelawat hehehhe
kali ni aku nak kongi dengan korang tentang macam-macam rupa kandang tokek ni..



haaa! yang ni..
nampak tak tu banyak nyer tokek si pembela ni..
mesti kaya raya le org ni nanti yer..

kandang yang ni plak aku rasa dia siap jual lagi..
kalau korang ade hati nak bela tokek leh le beli..
tak yah susah korang buat sendiri..

yang ni lagi simple kot..
agak kurang skit aksesori dia..


wahh yang ni cool..
ade sape2 nak try masuk?


:. Pengakuan Benar : Laser Itu Terkena Aku Juga .:

Edit Posted by with 2 comments

Terserah korang nak percaya ke tak..
sewaktu perlawanan Malaysia dan Indonesia..
di Malaysia kelmarin..
bukan setakat penjaga gol Indonesia tu saje yang terkena laser..
malahan aku juga turut terkena..



"


"



"

cuma bezanya dalam isu hangat tu..
korang tak tahu siapa yang main laser tu..
berbeza plak dengan aku..

aku tahu siapa yang men laser kan kearah aku tu..

"


"


"

cuma bezanya mereka di laser di stadium..
dan aku di laser kat sini..
( Kota Tinggi jer )

dan aku tahu siapa yang melancarkan laser tu..
so cam ne??
perlukah aku balas balik ke laserannya itu??

kekeke..
mesti ade yang tak faham entry ni..
x pelah kalau korang tak faham..
cukuplah aku je yang faham hehehe..


:. Heliza Tak Bertunanglah .:

Edit Posted by with 2 comments
Dah lama aku tak tulis pasal artis ni..
hari ni dalam sibuk melihat undian tuk
Kontest Gambar Paling Lucu

nak citer skit pasal Heliza yang comel lote ni..
baru-baru ni hangat kisah Heliza nak bertunang dengan pekerjanya si Hafiz hamidun tu..

dan ini yang terbaru yang aku baca dari Murai.com..
Heliza menafikan yang cerita tu semua hanya sekadar gosip2 kosong je..
tak caya??
haa bacalah sendiri..

so untuk jejaka yang dah lama admire kat Heliza tu..
nampaknya korang still ade peluang le yer!