Pages

Saturday, April 24, 2010

:. Separuh MATI Menahan Rindu .:



sakitnya menahan perasaan ni.. terasa lebih sakit dari hati yang sakit..








sakit rindu yang tak tertanggung...
rindu pada kehadiran mereka..
rindukan belaian mereka..
rindukan kasih sayang mereka...
ku cuba pamerkan senyuman di hadapan yang lain..
hakikatnya... tuhan sahaja yang tahu....
Ya Allah aku benar2 rindukan mereka...
namun ku sedar hanya doa yang dapat memhubungkan aku dengan mereka...
Ya Allah... kau lindungilah mereka..
tempatkan mereka di samping orang2 yang beriman...
al Fatihah...
untuk abah, mak dan nenek yang dirindui....
...along rindu kalian bertiga... rindu sangat2...

Wednesday, April 21, 2010

:. Doa Untuk Dapatkan Anak Soleh Dan Solehah .:



SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

:. Angan2 Ibu Mengandung .:

Ermmm..
yang ni plak gambar bilik untuk bakal anak gadis aku le kununnyer...
( berangan macam le confirm nak dpt baby girl )
alaaa... berangan skit x salah kan...
kekekkekekke...













:. Sweet Bedroom 4 Baby .:

Bila jelajah google sekejap tadi.. tetiba ternampak plak gambar2
baby room yang sgt comel n cute..
maklum ler tengah mengandung ni kan...
semua yang cute tuk baby tu nampak sedap je di pandang..
buat masa ni sekadar tengok je lew..
nak merealisasikannyer ntah biler le yer..
kalau dapat sponsor kan bagus.. hehhehe
ape pun meh layan..
"
"







:. Sebuah Masjid Bakal Runtuh Dihadapanku... sayunya hati .:


Mendirikan sebuah masjid besar pahalanya..
masjid yang aku maksudkan adalah 'alam perkahwinan'..
tapi seperti yang pernah aku katakan
jodoh pertemuan ajal dan maut ....
semua itu di tangan tuhan..
apa yang aku nak tuliskan di sini adalah kisah seorang kawanku..
berusia awal 20 an.. mempunyai seorang cahaya mata..
dia dalam proses perceraian...
sayunya bila aku lihat ke dalam anak matanya...
melihat dia menahan air matanya yang sudah bergenang dari mengalir ke pipi..
aku tahu di sebalik senyumannya itu tersembunyi seribu satu penderitaan....
semua ini berpunca dari kecurangan si suami..
akibatnya mahligai yang bari sahaja di bina 5 tahun bakal runtuh x lama lagi...
tambah sayu bila melihat anaknya yang sebaya dengan anakku..
walaupun masih kecil sudah pandai berkata 'papa jaat'..
aduhai... bukan di ajar oleh ibunya...
tetapi itulah yang dilafazkan setelah melihat sendiri kelakuan ayahnya...
melihat apa yang berlaku pada dirinya...
timbul insaf dalam diriku...
Ya Allah kau jauhkan aku dan keluargaku dari bencana seperti itu...
dan aku juga berdoa agar tuhan memberikan senyuman semula kepada sahabatku itu...
aminn...

:. Lagi Kisah Artis Bercerai .:


Sememangnya jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan tuhan...
siapa pun x dapat menduga apa akan berlaku pada kehidupan kita pada masa akan datang..
perkara kahwin cerai ni boleh berlaku pada sesiapa sahaja..
pada jiran2 kita.. kawan2 kita... adik beradik kita...saudara mara..
tetapi kalau boleh kita elakkan... lebih baik dielakkan..
seperti kisah artis terkenal ni ANNE NGASRI..
terkezut jugak aku bila dengar dia nak bercerai ngan suami dia si Wafi tu..
may be dia ade alasan tersendiri..
teringat plak aku tantang kisah seorang kawan baik aku ni..
dia juga dalam proses perceraian...
semuanya kerana disebabkan orang ketiga..
aku harap kawan aku tu tabah dan sabar selalu..
mungkin semua ini ade hikmahnyer

:. Tak Sabar Nak Tunggu Wajah Baru .:

Tak sabar nak tggu kelahiran baby yang ke 3..
persediaan skit2 dah pun tersedia..
tapi semuanyer secara bersederhana je lew..
maklumlah dah anak ke 3 ni..
ape pun... semangat berkobar2 bila tgk barang2 ni..
hilang plak rasa sakit yang sebelum ni x tertanggung sebelum ni...




cute x baju ni...
baju ni hadiah dari Eca... beli kat luar nagara kata dier..
maceh cah... baju ni cute sangat...

hehhehe yang ni plak... baju baby gurl... adeiii pasan le
huhuhuhu... kalau dapat baby boy cam ner??
kata my hubby... ' kalau dapay baby boy.. pakaikan je le maa.. sampai dia x muat.. "
ade ke patut huhuhuhu... x relaaa
Tuesday, April 20, 2010

:. Birthday Nur Ain Amira .:


Tak ade ape2 nak tulis kat cni...
cuma nak ucapkan Happy Beday tu AIN yang menyambut
ulang tahunnyer yang ke 10 pada 19hb april yang lalu..
semoga Ain dipanjangkan umo n di murahkan rezeki yer...



:. Juz 4 Laugh .:

Just For Laugh...
x dak keje cari keje le gamaknyer..
Kepada mangsa2 keadaan... maafkan aku yer...
mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kuku kakiku..







Monday, April 19, 2010

:. PETUA MALAM PERTAMA .:


Entry ni bukan idea aku ea... ni adalah hasil jelajah adik aku di google... dan inilah hasilnyer... maklum ler x lama lagi sorg lagi adik aku tu nak jadi pengantin baru... so ni kira khidmar nasihat le yer... kekekekke....
meh kiter kongsi bersama... petua malam pertama :

Antara petuanya

  • Langkah pertama mesti datang dari suami.Dalam hubungan ini orang lelaki mesti bertanggungjawab.
  • Suami mula dengan cerita yang memujikecantikan dan peribadi isteri.Fokus kepada cerita itu sahaja.Sekiranya diubah cerita kepada halehwal yang lain seperti politik misalnya ,keghairahan tidak dapat di capai.
  • Belai isteri mengikut keselesaan nya bukan keselesaan suami.Fokus di sini adalahmembangkitkan dahulu keghairahan isteri.
  • Pastikan isteri mencapai klimaks dahulu ketika asmara.Apabila isteri meminta barulah suami berikan.
  • Semasa belayar lakukan dengan penuh keikhlasan,jangan bayangkan anda sedang meniru adegan yang anda pernah lihat dalam filem ‘blue’.Pelayaran ini adalah pelayaran anda.Anda adalah nakhoda yang mulia.
  • Apabila agak hendak sampai penghujung,berilah isyarat (mendesah) supaya isteri sama-sama akan melabuhkan pelayaran malam pertama itu.Dengan ini kedua-dua anda akan berpuas hati pada malam tersebut.

Semoga dengan petua ni dapat membantu semua bakal2 pengantin baru di luar sana yer...

amin....


:. What Happen With ' Mylook'??? .:


Muskhil tul aku.. nape ngan Web Mylook tu..
dari semalam x leh bukak.. ade problem ke..
naru je aku semangat nak menabung...
adeiii..
ade member kata page tu kena block lew.. yer ke?
aku bukan mudah dengar khabar angin ni...
ataupun cuma aku sorg je yg tak leh masuk web tu.....
mana tahu kan aku je yag kena block..
leh sape2 bantu tolong bagi penjelasan tak??

Sunday, April 18, 2010

:. Aku Pasrah .:


Tuhan... jika inilah yang dinamakan dugaan.. aku pasrah...
aku terima dengan redhanya...
kau kuatkanlah hatiiku Ya Allah...
Kau tabahkanlah jiwaku...
tak terkata rasanya kepedihan dan kesakitan ini..
semoga semua ini ada hikamhnya....
aminnn....
Friday, April 16, 2010

:. Pecah Rumah Guna Ilmu Pukau Di Tenggaroh? .:



Baru je tadi aku tengok drama bersiri Gerak Khas di Tv 2 tentang penggunaan ilmu pukau tuk pecah rumah... tetiba aku teringat kejadian yang semakin hangat di kawasan tempat tinggal aku..
kadang2 seram jugak sebab berlaku berdekatan jew dengan kawasan rumah aku...
Aku tinggal di felda... Felda Tenggaroh 6 ... mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga yang baru pertama kali mendengarnyer..
Gugusan Tenggaroh ni mukan kecik... macam2 Tenggaroh ade kat sini...
tenggaroh 1 hingga 6... tu x campur Tenggaroh Timurnya lagi...
tapi hari ni aku bukan nak citer pasal Tenggaroh... aku nak citer pasal kes pecah rumah yang
semakin hangat sekarang ni..
satu malam dia org ni boleh masuk sampai 3 buah rumah..
dengar citer jugak yang mereka ni gunakan ilmu pukau..
ermmm bahayakan... kes yang terbaru ni berlaku dekat je ngan rumah aku..
cian family tu.. siap kena ikat lagi... habis barang2 berharga di rampas..
ada yang kata perompak tu warga Indonesia... dan ade gak yang kata campur jugak dengan orang Melayu kita... entahlah...
Tapi kalu ilmu pukau ni betullah di gunakan... susah le kita..
aku pun wisau jugak tinggal kat rumah ni... bukan ape.. dalam rumah ni ade anak dara..
kalau mereka setakat ambik harta benda je x pelah... kalau adik2 aku di usiknyer.. naya jew..
dah le aku tengah terboyot2 je ni..
asyik sakit2 jew... harap2 jauhkan le yer...
harit u aku pi klinik... aku dgr citer kat tenggaroh 2 pun dah kena jugak..
satu malam 3 rumah dia sapu..
takutnyer... aku harap pihak berkuasa akan cepat ambik tindakan... jangan jadi makin tewok..

Monday, April 12, 2010

:. Rahsia Rumahtangga : Suasana Yang Membangkit GHAIRAH Isteri .:


Hubungan antara suami isteri memang sukar untuk dibicarakan dengan kata-kata. Bukan sahaja untuk yang masih bujang malahan untuk yang dah berumahtangga pun, masih sukar untuk ditafsirkan. Ini kerana setiap hubungan itu berbeza dengan yang lainnya. Hanya mereka sahaja yang dpat memahami hubungan dia antara mereka. Walaupun begitu sebagai seorang suami, anda juga hendaklah cuba dengan bujaksana kenali dan fahami situasi yang sesuai dan mampu membangkitkan berahi isteri. Apa yang aku perolehi dari sebuah buku ini harap-harap dapat kita kongsikan bersama. Insya Allah....

Disini ada beberapa tips yang boleh membangkitkan GHAIRAH isteri.

1.SETELAH BERTENGKAR

Setelah puas bergaduh cuba anda lupakan seketika amarah itu, peluk pasangan anda belai dirinya dengan penuh kasih sayang dan biarkan emosinya tenang. Siapa tahu perbuatan anda yang seperti itu mampu buatkan si dia menangis dan selepas itu biarkan si dia terlena dalam dakapan anda.

2.SEWAKTU SUASANA BAHAGIA

Sama seperti waktu kemarahan dan kesedihan, kebahagian yg berlebihan juga mampu membuatkan si dia menginginkan hubungan intim,Jadi cubalah untuk menggembirakan hati isteri anda supaya keghairahannya akan membakar.

3.DUA MINGGU SEBELUM 'TEMAN BAIKNYA' DATANG

Teman baik di sini bukan ler bermakna sahabat... tetapi istilah tu untuk datang bulan ler. Hehehhe. Wanita sangat mudah berovulasi. Jadi dua minggu sebelum si dia datang bulan itu adalah saat yang tepat untuk mengajaknya berasmara.

4.SEWAKTU MAKAN MALAM ROMANTIK

Pasangkan irama muzik lembut dan romantis ketika malan malam berdua, layan dirinya seolah dia puteri raja dengan belaian anda dan hadiah. Setelah selesai makan malam teruskan saja dengan bermalam di hotel sebagai hadiah yang cukup beharga,pastikan dia akan cair dengan layananmu.

5.BERCINTA JARAK JAUH

Bercinta jarak jauh sebenarnya memiliki potensi besar untuk meningkatkan ghairah seksual anda berdua. Berpisah dengan pasangan anda untuk beberapa hari atau mungkin beberapa minggu mampu membuatkan anda merindu antara satu sama lain. Dan sesekali apabila berjumpa tak mustahil anda akan mengalami hubungan asmara yang luar biasa. Selamat mencuba...

:. Kampung Pening Lalat .:





kita semua sepakat, dikampung hai pening lalat,
mengucapkan selamat hai selamat pengantin baru.

dari dulu brapa kali ana critakan,
kebahgiaan ditangan tuhan,
anak miskin dapat kawin org kaya,
mastura anak masdhut al buaya.

kita semua sepakat, dikampung hai pening lalat,
mengucapkan selamat hai selamat pengantin baru.
kita semua sepakat, dikampung hai pening lalat,
mengucapkan selamat hai selamat pengantin baru.

huhuhuhu..
ntah nape bila aku dengar lagu ni tadi.. aku tertawa sendiri..
baby aku pun siap gelak2 dalam pewot...
sampaikan bibir ni x henti2 mengulang2 lirik ni...
huhuhuhuhu nape agaknyer yer...
may be sebab kat rumah aku ni bakal ade pengantin baru kot..

Sunday, April 11, 2010

:. 2 Malam Di Hospital Kota Tinggi .:



2 malam di spital... ni ler rupenyer... huhuhu...
malam sabtu baru ni... tetiba pewot aku sakit..
rasa macam len macam jer... so dengan segeranya aku ajak hubby aku hantar pi spital..
dengan penuh nekad kami berdua bergerak ke spital kota tinggi...
sepanjang jalan tu aku selawat jew..
terfikir gak kalau aku terberanak kat tengah jalan... dah le gelap gelita..
x dak orang plak tu... satu jam perjalanan tu mcm bertahun je lamanya...
huhuhu... syukurlah akhirnya kami sampai jugak di spital Kota Tinggi....
Sampai sana rupenyer baru bukan jalan dalam 2 cm jew.. so aku kena le masuk wad..
adeii satu perkara yang paling aku malas sekali nak hadapinyer...
2 malam di spital akhirnya aku tak sersalin jugak... so aku dengan muka poyonyer mintak keluar le dari sana... hehehhe nasib bek doktor tu memahami...
so dia suh balik rehat kat rumah... alhamdulillah 12.30 hari tadi aku dah leh chek out dri sana...
huhuhuhu harap2 pat2 le aku bersalin nanti...
apepun tq so much tuk semua kakitangan HOSPITAL DAERAH KOTA TINGGI...
terutama jururawat dan doktor yang bertugas di wad Kenanga tingkat 3 tu yer...
walaupun bilik 2nd class tu panas nak mampuih... tapi layanan nurse2 dia boleh tahan...
mesra alam semuanyaaa.... muahhhhh tuk korangg...
Friday, April 9, 2010

:. My Sister Getting Married .:

Bulan Mei adalah bulan yang paling aku nanti-nantikan...
sebab masa tu Insya Allah aku sudah selamat melahirkan baby ke 3 kami...
bertambah gembiranya aku bila semalam aku pi scan kat klinik n doc said may be 90% my baby is girl.... act aku x kisah boy ke girl... tapi kalau girl tu best le lagi sebab aku dh ade 2 boy already...
;agi satu perkara yang wat aku x sabar menunggu bulan 5 ni... sebab... Insya Allah kalau tidak ada aral melintang adik perempuanku yang ketiga akan mendirikan rumah tangga... wahhh
seronok sangat....
sejak adik aku sibuk nak kawen ni aku plak yang rasa seronok sgt...
asyik duk belek2 gambar2 perkahwinan jew..
bulan 5 ni dia org nak nikah dulu... maklum le.. aku pun masa tu dalam pantang lagi..
so malam tadi aku ade gak cari2 gambar pelamin pernikahan dalam google (tq google)...
agak2nyer yang mana le sesuai tuk adik aku ea.... nak yg simple2 jew..









Thursday, April 8, 2010

:. Niat Busuk Di Malam Hari... Ampunkan Aku Yer .:


Entah nape malam ni aku x tahu apa nak buat...
so aku ambil keputusan drastik untuk memusnahkan dan menghuru-harakan sesuatu...
langsung aku tak fikirkan akibatnya...
lantak arrr apa nak jadi... pasrah jer........
hehehehe... buat semua yang jadi mangsa kebosanan aku... maafkan aku yer...
aku tengah tensen ni... sebab lum melahirkan lagi....









Wednesday, April 7, 2010

:. Meh Tengok Kasut Pelik2 .:



(erkkk... yang ni kasut keee tikusss... eeeeeee)
"
"
"
"

Aku tahu ramai kawan2 aku yang suka koleksi kasut...
kasut semua nak ikut colour baju...
baju biru kasut biru.. baju merah kasut merah...
hehehhehehe ade gak kawan aku yang memang giler mengumpul kasut ni...
sampai penuh satu almari....
huhuhuhu.. lantak lew... bukan pakai duit aku pun....
tapi hari ni aku nak tunjuk korang gambar kasut yang pelik2...
ape agaknyer komen korang bila tgk eaaa..


yang ni kira cun gak le leh layan lagi....
ermmm.. yang nampak cute gak kannn

yang ni aku macam tak rela je nak pakai... huhuhuu

erkkk... yang ni aku lagi x relaaaaaa

waahhhh kalau yang memang cunnn.... nak... nakkkk


ermmm kalau yang ni mukan kasutnyer yang pelik.... tapi si pemakainyerr yang pelikkk...
aduhaiiii..... mabuk mak nyahhhh oiiii









:. Bila Semua Rasa Menjadi Satu .:


Dalam hati ada RINDU..
Dalam rindu ada DENDAM..
Dalam dendam ada SAYANG...
Dalam sayang ada BENCI.....
Dalam benci ada CINTA...

Terkadang lidah sukar nak meluah rasa...
Walau hati meronta-ronta....
Terkadang tangisan kita tiada suara...
Walau hati sakit terluka....
Terkadang tertawa dalam paksa...
Kerna hati penuh dengan derita...

Sukar untuk insan lain memahami hati kita..
dan bukan mudah untuk kita fahami hati mereka....
bila sayang itu susah diluahkan..
bila rasa cinta sukar untuk dizahirkan...
saat itulah akan timbul prasangka berpanjangan....

Kenapa aku tetiba bermadah pujangga....
Mungkin hanya ini cara tuk aku meluahkan rasa.... :)